Showing posts with label Police Reports. Show all posts
Showing posts with label Police Reports. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

Benarkah Wang Selenggara Dimasukan Kedalam Akaun Bekas Bendahari Encik Lee???

Sehingga hari ini Encik Lim Chee Soon masih lagi menuduh Encik Lee Boon Hoe "Pecah Amanah" dengan menuduh Encik Lee telah menyelewengkan sebahagian wang selenggara yang dikutip dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015. Beliau masih menekankan bahawa memasukkan wang selenggara ke dalam akaun peribadi adalah satu kesalahan. 

Ramai penghuni pada waktu itu tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kenapa wang selenggara yang diterima boleh dimasukkan kedalam akaun peribadi bekas Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee tetapi terdapat segelintir penghuni yang prihatin tahu mengenai perkara di atas.



Berbagai cara telah digunakan oleh Encik Lim Chee Soon dengan membuat Lapuran Polis (Unit Jenayah Komersil Klang), Lapuran Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang), Lapuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM Klang) dan mengharapkan agar Encik Lee dapat disumbatkan ke dalam penjara.

Baru baru ini Encik Lim Chee Soon telah menerima sepucuk surat dari pihak peguam (25.08.2017) yang akan difailkan di mahkamah jika Encik Lim enggan bekerjasama menjelaskan tunggakan wang selenggara dalam sekitar RM17,350.74. Setelah menerima surat dari pihak peguam beliau terus mengambil peluang membuat tuntutan kepada "Tribunal Pengurusan Strata" pada 13.09.2017

Ramai yang percaya dan masih dikaburi oleh berita berita palsu yang disebarkan oleh Encik Lim termasuk Pengerusi Bayu Villa yang juga percaya bahawa terdapat elemen elemen yang mencurigakan sedangkan Encik Lee di dalam surat perletakkan jawatannya menyatakan bahawa Encik Lee akan bertanggung jawab terhadap sebarang kesangsian dan kesilapan yang berlaku ke atas Akaun Tahunan JMB Bayu Villa yang berakhir 2014, 2015 dan 2016. 

Oleh kerana berita berita palsu ini telah mencemarkan nama baik Encik Lee Boon Hoe, maka minit mesyuarat yang diadakan pada 5hb November 2014 dipaparkan untuk dijadikan tantapan kepada semua  pihak untuk dinilai akan kejadian yang sebenar.

Sila rujuk kepada laman Blog Bayu Villa Apartment berkenaan lapuran yang berkaitan dengan Encik Lim Chee Soon.

14hb Oktober 2014.

Inspektor Dan Sarjan Jenayah Kolar Putih Datang Membuat Soal Siasat Terhadap Bendahari Bayu Villa.


30hb November 2014.

14hb Februari 2015

29 Mei 2015
21hb September 2017

Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata.



Minit Mesyuarat yang diadakan pada 5hb November 2014.



Kandungan sebahagian minit mesyuarat yang dibincangkan.

Perenggan 4.0 Pengurusan Kewangan

4.1 Encik Lee sebagai Bendahari akan menguruskan kutipan harian dan pembayaran kepada vendor.

Oleh kerana akses kepada akaun bank masih belum didapati kerana tiada surat pengesahan daripada COB dan kutipan harian mencecah kepada lima angka, JMB bersetuju supaya Encik Lee menggunakan akaun sendiri untuk menyimpan duit. Ini atas syarat bahawa pengurusan kewangan Encik Lee akan di audit dan Encik Lee bertanggungjawab jika terdapat penyelewengan.  



4.2 Keputusan ini terpaksa dibuat kerana JMB berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai cara lain menyimpan duit dengan selamat. JMB memerlukan wang untuk membayar bil terutamanya TNB dan Syabas dan jika wang dimasukkan ke dalam akaun bank ia tidak dapat digunakan kerana JMB sekarang tidak kuasa mengeluarkan cek. Jika pembayaran bil tidak dibuat Bayu Villa pula akan mengalami pemotongan bekalan air dan elektrik dan juga kebersihan Bayu Villa akan terjejas. 



Pengesahan Minit Mesyuarat 5hb November 2014 ini juga ditandatangani oleh Pengerusi JMB Bayu Villa dan dihadiri oleh ke semua Ahli Jawatankuasa kecuali Setiausaha JMB Bayu Villa. Penyimpanan wang selenggara kedalam akaun Encik Lee telah melalui proses dan persetujuan daripada 7 Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.  

Thursday, May 25, 2017

Lapuran Polis Keatas Encik Lee Dan Surat Memohon Maaf

Berhubung dengan kejadian yang berlaku dimana lapuran polis telah di buat oleh Encik Prakash mendakwa Encik Lee telah mencerobohi kedai beliau. Di sini adalah fakta fakta yang yang menunjukkan kenapa kejadian ini boleh berlaku.


Hak sebagai pemilik kedai di Bayu Villa Apartment

Encik Lee sebagai pemilik kedai sebaris dengan kedai Restoran Arti's Corner berhak menyuarakan kebimbangan ke atas cara pemasangan paip tersebut yang terus disalurkan kedalam saluran Indah Water. 

Pernah dahulu (Blok D) kejadian seperti ini berlaku mengakibatkan keseluruhan kawasan saluran Indah Water penuh dengan minyak dan berbau busuk sehingga limpahan air najis yang bertakung. Tindakan diambil setelah menerima gambar dari penghuni yang menyuarakan kebimbangannya.

23.05.2017 (Jam 5.15 petang)

Untuk memastikan kerja kerja tersebut mengikut tatacara yang betul dan mendapat kelulusan, Encik Lee membuat lapuran bertulis ke pejabat JMB Bayu Villa untuk menyerahkan surat aduan berhubung dengan kes pemasangan paip secara terus kedalam saluran pengaliran air Indah Water. 


Kandungan Surat

* Please do take action on this (D-G-8) matter. The shop has installed a new piping to Indah Water Sewerage hole. Previously there was major issue at the back lane when the shop flush all their dirt to the hole causing all the sewerage hole oily and it smell very bad. Please take an action by dismantle the pipe. Thank you *

Sewaktu Encik Lee menyerahkan surat aduan tersebut, pihak pengurusan telah memberitahu bahawa Encik Prakash telah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menjalankan kerja pemasangan paip tersebut.


Pengurus Bangunan Cik Eswary telah menunjukkan beberapa keping surat bahawa kerja kerja pengubahsuaian ini telah mendapat kelulusan bersamaan dengan kelulusan untuk "memasang perangkap minyak" dan tiada tindakan akan diambil kerana pihak pengurusan JMB Bayu Villa tidak mempunyai halangan membenarkan kerja dijalankan. 


Jika dikaji dari gambarajah yang disediakan, Restoran Arti's Corner mendapat lesen perniagaan PADA 15.05.2017 atas syarat beliau harus mematuhi beberapa perkara:

1) Mendapatkan Suntikan Typhoid
2) Menghadiri Kursus Mengendalikan Makanan
3) Memasang Perangkap Minyak
4) Menjaga Kebersihan Premis
5) Mematuhi Syarat Syarat Premis Makanan
6) Mematuhi Syarat Syarat Perlesenan

Dan pada 17.05.2017 Encik Prakash menghantar beberapa pelan cadangan cara membuat pemasangan tersebut. Persoalannya sekarang?

1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.



2) Dalam masa yang begitu singkat, belum sampai seminggu sudah boleh mendapat kelulusan?

3) Dalam pelan cadangan, gambarajah menunjukkan selepas melalui tangki sisa makanan dan minyak, air buangan terus mengalir ke LONGKANG BELAKANG BANGUNAN
(informasi yang salah - sepatutnya air buangan terus mengalir ke saluran Indah Water)


23.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Untuk memastikan bahawa Restoran Arti's Corner ada membuat pemasangan yang betul serta memasang perangkap minyak dan sisa makanan, Encik Lee telah pergi ke kedai tersebut untuk menyiasat dengan sendirinya atas kesahihan pelan tersebut. 

Sebelum masuk Encik Lee ada meminta kebenaran untuk masuk ke kedai tersebut daripada salah seorang pekerjanya yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Setelah dibenarkan masuk, Encik Lee memantau cara pemasangan serta mengambil beberapa keping gambar untuk dirujuk kepada pihak MPK atas kebimbangan ianya akan mengakibatkan saluran Indah Water tercemar oleh air buangan.




24.05.2017 (Jam 3.00 petang)

Pada hari keesokannya jam 3.00 petang Encik Lee menerima panggilan talipon dari Sarjan Shafaun meminta Encik Lee hadir ke Balai Polis Klang kerana ada lapuran polis bahawa Encik Lee mencerobohi kedai Encik Prakash dan meminta Encik Lee memulangkan barang yang diambil atau dicuri jika tidak Encik Lee akan di gari dan didakwa kerana menceroboh.


Dalam lapuran tersebut Encik Prakash mendakwa Projector beliau hilang setelah Encik Lee keluar melalui pintu belakang.


Encik Lee terperanjat kerana didakwa mencerobohi kedai tersebut sedangkan kebenaran untuk memasuki kedai tersebut telah diperolehi daripada pekerjanya. Pada waktu itu pintu depannya terbuka besar dengan beberapa pelanggan duduk di luar.

24.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Semasa perjumpaan di atur bersama dengan Encik Prakash, Encik Lee bersama dengan Sarjan Shafuan, Encik Prakash berkeras hendak mendakwa Encik Lee menceroboh kedainya dan jumpa di mahkamah. Encik Lee meminta maaf jika beliau masuk ke kedai tersebut tanpa meminta izinnya. Tetapi Encik Prakash masih berkeras hendak mendakwa Encik Lee di mahkamah. 

Encik Lee mempertikainya kalau hendak berjumpa di mahkamah tiada masalah, pokoknya dua pekerja harus membuat lapuran polis bahawa Encik Lee menceroboh masuk.

Sarjan Shafuan pun memberi nasihat kepada Encik Prakash jikalau beliau hendak sangat juga mengambil tindakan mahkamah - BOLEH tetapi syaratnya kedua pekerja harus menghadiri ke makamah setiap kali kes perbicaraan dijalankan. 

Atas nasihat daripada Sarjan Shafuan, Encik Prakash meminta Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf kerana memasuki kedainya tanpa kebenarnya.

Akhirnya kata sepakat dan persetujuan dicapai, Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf setelah mendapat nasihat dari Sarjan Shafuan - *memasuki kedai orang tanpa izin walaupun pintu terbuka adalah sama sekali tidak diizinkan kerana tuan punya kedai boleh mendakwa pencerobohan telah berlaku*.


Selepas surat memohon maaf diserahkan oleh Sarjan Shafuan kepada Encik Prakash, beliau menarik balik lapuran polis tersebut. 


Lapuran kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang akan dijalankan bagi memastikan spesifikasi pemasangan tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap sistem saluran air Indah Water. 

Lapuran terpaksa dibuat kerana kerja kerja pemasangan ini dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum ada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang iaitu mengeluarkan bahan buangan (selepas melalui penapis minyak) ke dalam saluran Indah Water.

Tuesday, May 16, 2017

Lapuran Polis Mengenai Tuduhan Tidak Berasas Oleh Pengerusi JMB Bayu Villa.

Lapuran Polis Dibuat Pada 08.05.2017

Saya Lee Boon Hoe 680330-10-5027 (bekas Bendahari JMB Bayu Villa yang meletakkan jawatan pada 10hb April 2017) datang membuat lapuran polis mengenai tuduhan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa, Cik Sri Sharmini yang telah menuduh saya menyelewengkan wang pengurusan penyelenggaraan Pengsapuri Bayu Villa. 

Lapuran ini terpaksa dibuat setelah Lapuran Audit Kewangan Pengsapuri Bayu Villa yang berakhir 2015 yang telah pun disiapkan pada bulan Mac 2017 tetapi Pengerusi JMB Bayu Villa tidak mahu menerima lapuran tersebut atas ketidak kepercayaan kesahihan Lapuran Audit 2015 yang telah disiapkan dan menuduh saya tidak bekerjasama menyerahkan butiran perakuan untuk tahun kewangan yang berakhir 2015.

Fail fail mengenai perakaunan penerimaan dan perbelanjaan berakhir 2015 masih lagi berada di dalam pejabat pengurusan. Lapuran ini dibuat supaya tindakan susulan dapat dijalankan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Klang untuk menilai segala Lapuran Kewangan Pengsapuri Bayu Villa yang berakhir 2015 tersebut kerana Pengerusi Bayu Villa telah melemparkan segala tuduhan yang tidak berasas ke atas diri saya dan telah mencemarkan nama baik saya kepada semua penghuni di dalam Bayu Villa.

Lapuran ini juga akan dijadikan tindakan susulan dengan pihak peguam jika terdapat lagi tuduhan tuduhan yang tidak berasas yang masih lagi berleluasa dan dilemparkan oleh Pengerusi JMB Bayu Villa ke atas diri saya.






Tuesday, February 28, 2017

Lapuran Polis Dan Aduan Kepada Pihak COB Klang Unit C-5-03A


Aduan daripada penghuni yang tinggal di Blok C Bayu Villa berkenaan pembuangan barangan lusuh di dalam kawasan perkarangan lalu lalang.

Tinjauan mendapati keadaan sungguh menjijikkan di mana barangan itu diletak secara bertaburan. Pemilik barangan tersebut adalah unit C-5-03A.



Atas aduan demi aduan yang diterima pihak pengurusan telah pergi berjumpa dengan penghuni rumah tersebut dan memberi tempoh 2 hari untuk menyelesaikannya. Kegagalan menyelesaikannya akan membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan membersihkannya.



Lapuran Polis telah dilakukan serta aduan kepada pihak COB Klang telah diberi sebagai langkah berjaga jaga jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Thursday, December 1, 2016

Penyata Kewangan Peribadi Encik Lee Disebarkan Secara Meluas Di Dalam Bayu Villa. Kenapa ???

Kebelakangan ini terdapat beberapa orang penghuni termasuk Encik Lim Chee Soon telah pergi rumah ke rumah setiap malam untuk menunjukkan penyata kewangan peribadi Bendahari JMB Bayu Villa kepada semua penghuni. 

Daripada cara penerangan dan hasutan yang diberikan, mereka mempunyai bukti kukuh bahawa ternyata Encik Lee telah melesapkan sejumlah wang penyelenggaraan dengan memasukkan penerimaan wang penyelenggaraan ke dalam akaun peribadinya.

Mereka menggunakan teknik dengan cara menunjukkan penyata kewangan peribadi Encik Lee dari bulan September 2014 sehingga Mac 2015.

Ramai yang bertanyakan kepada Encik Lee bagaimana Encik Lim Chee Soon boleh mempunyai penyata kewangan peribadi Encik Lee??? Satu persoalan yang masih bermain di dalam pemikiran setiap penghuni yang telah melihat penyata kewangan peribadi Encik Lee.

Bagaimana Penyata Kewangan Peribadi Bendahari JMB Bayu Villa Boleh Berada di Tangan Encik Lim Chee Soon?

A) 13hb April 2015. Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia mengarahkan COB Klang supaya membuat siasatan keatas Bayu Villa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah pihak polis selesai menjalankan penyiasatan. Kes siasatan dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang)




B) Pada 14hb Mei 2015. Dua pegawai dari Pesuruhjaya Bangunan Klang membuat lawatan berjumpa dengan Encik Lee untuk memahami dengan lebih dekat apa yang berlaku di dalam akaun kewangan Bayu Villa.

C) Pada 26hb Mei 2015. Pesuruhjaya Bangunan Klang menghantar sepucuk surat kepada pihak pengurusan Bayu Villa supaya menyediakan lapuran kewangan JMB Bayu Villa.




D) Pada 28hb Mei 2015. Penyerahan Lapuran Kewangan Semasa JMB Bayu Villa Dari Bulan September 2014 Sehingga Bulan Februari 2015 kepada pihak COB Klang untuk dibuat segala siasatan.



E) Pada 1hb Jun 2015. Atas desakan demi desakan dan tekanan yang diberi ke atas COB Klang daripada Encik Lim Chee Soon. Pihak COB Klang telah memohon kerjasama daripada Encik Lee supaya membenarkan mereka mendapatkan penyata kewangan peribadi Encik Lee pada ketika itu. 

Encik Lee menyerahkan semua penyata kewangan peribadi beliau dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015 bagi memudahkan pihak COB Klang menjalankan siasatan mengenai penyelewengan kewangan JMB Bayu Villa.

Pada waktu yang sama pihak COB Klang ada meminta izin daripada Encik Lee, bolehkah pihak COB Klang memberi salinan penyata kewangan peribadi Encik Lee kepada Encik Lim Chee Soon untuk beliau merujuk supaya ianya boleh membantu tuduhan yang dilemparkan kepada Encik Lee.


Encik Lee membenarkan salinan penyata kewangannya diberikan kepada Encik Lim Chee Soon kerana salinan penyata tersebut tidak mempunyai sebarang unsur penyelewengan seperti yang dituduh. Pemberian salinan penyata kewangan peribadi diberikan kepada Encik Lim Chee Soon atas keizinannya. 

Pemberian salinan penyata kewangan ini diharap dapat memberi penjelasan yang lebih nyata kepada Encik Lim Chee Soon tetapi ternyata tanggapan Encik Lee salah kerana Encik Lim Chee Soon menggunakan salinan penyata kewangan tersebut untuk mengaburi serta memburukkan nama Encik Lee.


F) Pada bulan Jun 2015, pihak COB Klang telah menghantar sepucuk surat kepada Pengurusan Bayu Villa mengenai tarikh perjumpaan yang akan diadakan pada 2hb Julai 2015 mengenai "Semakan Akaun Bagi Pangsapuri Bayu Villa" berdasarkan aduan yang dibuat oleh Encik Lim Chee Soon.


G) Pada 2hb Julai 2015. Perjumpaan diadakan di dalam bilik mesyuarat dalam keadaan suasana yang tegang bersama dengan Ahli Jawatan Kuasa JMB Bayu Villa, Encik Bernard Thong - Syarikat Pengurusan, Encik Lim Chee Soon - Pengadu, Pegawai COB Klang dan Pegawai Polis.




Sila rujuk kepada butiran dibawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Butiran dibawah penuh dengan segala penjelasan.

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/07/mesyuarat-semakan-akaun-bagi-pangsapuri.html

Di akhir perbincangan pihak COB Klang mencadangkan kepada Encik Lim Chee Soon jika Encik Lim masih tidak berpuas hati bolehlah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

Tuesday, November 22, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa 2016 Terpaksa DiTangguh Ke Suatu Tarikh Yang Akan Di Umun Kelak.


Pada 20hb November 2016, Mesyuarat Agung Tahunan yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditunda kesuatu tarikh yang akan diumumkan. Tujuan utama mesyuarat ini dijalankan bagi memilih keseluruhan ahli jawatankuasa yang baru. 


Keadaan perjalanan suasana mesyuarat menjadi kucar kacir apabila salah seorang penghuni (Encik Lim) datang kedepan dan menuduh Bendahari Bayu Villa memasukkan sejumlah wang penyelenggaraan ke dalam akaunnya. Keadaan menjadi huru hara apabila kebanyakkan penghuni baru yang hadir tidak tahu menahu mengenai kejadian yang telah lama berlaku semenjak 2 tahun yang lepas iaitu pada bulan September 2014.


Akibat keadaan mesyuarat yang tidak stabil dan tiada kehadiran Pengerusi, Setiausaha serta kesemua ahli jawatankuasa dan kecuaian dan kegagalan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menyiapkan Akuan Tahunan 2015 (Audited Account 2015) yang harus diaudit serta ketiadaan minit mesyuarat yang telah berlangsung pada 10hb Januari 2016 maka mesyuarat ini terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan bagi mempermudahkan proses menyediakan akaun pada waktu yang ditetapkan.

Pembatalan ini terpaksa dibuat bagi memastikan tiada sebarang elemen yang merbahaya yang mungkin berlaku. Keputusan ini dibuat setelah diambil kira akan keselamatan penghuni yang hadir di dalam mesyuarat.

Sewaktu perjalanan mesyuarat ini wakil pihak COB Klang tidak kelihatan pada ketika itu. 


Kes penyelewengan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Encik Lim Chee Soon terhadap Bendahari JMB Bayu Villa adalah tidak benar kerana Pihak Polis Bahagian Jenayah Komersial Klang telah memberi pelepasan kepada Bendahari JMB Bayu Villa iaitu Encik Lee Boon Hoe tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh yang menunjukkan terdapat elemen elemen yang Encik Lee boleh di dakwa di dalam mahkamah.






Kes ini juga telah dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan mendapati tiada elemen penyelewengan berlaku.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun memberhentikan siasatan keatas Encik Lee kerana pihak SPRM juga tidak menjumpai sebarang bukti yang membolehkan mereka mengambil sebarang tindakan undang undang.



Siapakah sebenarnya Encik Lim Chee Soon dan kenapa sehingga sekarang beliau masih tidak putus asa mengungkitkan perkara ini???


Monday, November 21, 2016

Isu Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan.




Berhubung dengan surat yang diterima oleh pihak pengurusan pada 30hb Ogos 2016 berhubung dengan kes penyelewengan yang berlaku, Bendahari Bayu Villa telah mengemukakan segala jawapan keatas kes penyelewengan pada hari ini.
................................................................................

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Majlis Perbandaran Klang
Bangunan Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran,
41675 Klang Bandar Diraja, Selangor.                                         21.11.2016

Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Encik: Ari bin Haji Adam.

Re: Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan

Berhubung dengan perkara diatas, (no rujukan tuan : MPK/COB/S/Bayu Villa bertarikh 30.08.2016) kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan sememangnya terdapat kes penyelewengan berlaku ke atas akaun  JMB Bayu Villa pada tahun 2014. Lapuran polis telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015 tetapi tiada tindakan susulan daripada pihak polis. Pegawai Polis yang mengambil keterangan kami ialah Inspektor Azri dari Bahagian Komersial Klang.

Penyelewengan ini berlaku di antara bulan Jun dan bulan Julai tahun 2014.  Perkara ini cuma diketahui oleh pihak pengurusan baru yang baru dilantik setelah mulai membuat pemeriksaan keatas setiap akaun penyelenggaraan individu.

Selepas mengambil alih daripada pengurusan lama kami menjalankan siasatan terhadap akaun penyelenggaraan. Hasil siasatan kami dengan lebih teliti, JMB Bayu Villa telah menjumpai sejumlah anggaran RM32,605.87 telah dilesapkan daripada akaun individu setiap penghuni. 

Siasatan lanjut juga ditumpukan kepada penerimaan tunggakan wang penyelenggaraan dan kemasukan hasil wang tunai yang tidak dimasukkan ke dalam akaun bank dan juga kenapa jumlah sebanyak RM32,605.87 dapat dikeluarkan daripada sistem secara begitu sahaja.

Mengikut anggaran pengiraan yang tidak sah, kemungkinan sejumlah RM50,000.00 telah dilesapkan atau dihapuskan daripada akaun setiap individu yang terlibat.

Setelah siasatan terperinci diteliti dan melalui mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa, keputusan telah diambil supaya membuat lapuran polis ke atas kehilangan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan tersebut.  

Ini merupakan bukti senarai nama unit resit palsu yang dikeluarkan bagi memadamkan segala tunggakan wang penyelenggaraan yang didapati daripada dalam sistem yang menunjukkan bahawa sejumlah RM 32,605.87 telah dipadamkan daripada sistem penyemakan akaun Bayu Villa. 


Pada 20.08.2015, Badan Pengurusan ada menghantar surat kepada setiap individu yang terlibat meminta mengemukan resit bayaran tetapi tiada jawapan daripada mereka. Oleh yang sedemikian lapuran polis dilakukan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan.

Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014. RM32,605.87 Diterima Dalam Sehari ?????


Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang penyelenggaraan yang dibuat dan diterima setiap hari berada dalam sekitar RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas. 

Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87. Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan. 
  
Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang mencecah RM32,605.87 dalam sehari iaitu pada 01.06.2014. 

Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.  

Melalui sisatan, kesimpulannya jenayah ini dilakukan kerana pada bulan Julai 2014 akan diadakan Mesyuarat Agung Tergempar untuk memilih kerusi Pengerusi serta Bendahari dan kesempatan ini diambil bagi memadamkan segala tunggakan sebelum pengurusan baru mengambil alih.

Mereka yang terlibat tahu bahawa jika pengurusan baru mengambil alih akaun akaun tersebut mereka akan menghadapi krisis pembayaran.

Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat diterima dalam sehari. Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank.

Siasatan lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan WANG TUNAI sahaja.

Setelah disiasat dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu. Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut.  

Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 ke atas dipalsukan serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang. 
  
Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih, tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran  tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan Bil Insuran. 

Agak menghairankan kenapa setelah lapuran polis yang telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015, tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa ke atas kejadian ini. Sebagai Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang telah diamanahkan tanggungjawab memandang berat kes ini kerana tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak berkuasa tidak dilakukan oleh mereka. 

Kami amat mengharapkan bantuan daripada pihak COB agar mempercepatkan proses penyiasatan ini supaya keadilan dapat ditegakkan. Salinan lapuran polis serta salinan resit palsu ada dikemukan bagi menguatkan andaian kami mengenai kes penyelewengan ini.

Di dalam lapuran polis juga ada diungkitkan nama beberapa orang individu yang terlibat yang mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih terang berhubung dengan isu ini.