Showing posts with label Water Cutting. Show all posts
Showing posts with label Water Cutting. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Tindakan Keras Akan Diambil Keatas Sesiapa Yang Tidak Membayar Cukai Tanah !!!


Cukai Tanah merupakan cukai yang harus dibayar kepada pihak Pejabat Tanah pada setiap tahun. Tahun ini pihak pejabat tanah telah mengumunkan bahawa terdapat kenaikan keatas cukai tanah untuk tahun 2017.

Kenaikan ini merupakan suatu berita yang baru dan mengejutkan kerana pihak kerajaan negeri sepatutnya bertimbang rasa keatas penghuni yang tinggal di Pengsapuri.  Melalui informasi yang diterima kenaikan ini adalah berdasarkan kepada status tanah dimana harga tanah sudah melambung tinggi semenjak kebelakangan ini.

Suka tak suka penghuni terpaksa dibebani dengan kos kenaikan tersebut. Jika ditinjau dan dianalisa ramai penghuni masih mengengkari membuat pembayaran tersebut. Disebabkan oleh keadaan sedemikian pengurusan akan mengambil tindakan drastik untuk memastikan kesemua cukai tanah yang tertunggak dapat dikutip.

Surat notis serta amaran telah diberi kepada kesemua penghuni untuk memastikan pembayaran Cukai Tanah dilakukan dengan segera sebelum 15hb Februari 2017. Jika tidak tindakan pemotongan bekalan akan dilakukan.

Friday, November 4, 2016

Lapuran Polis Telah Dibuat - Pemotongan Bekalan Air Telah Dilakukan.

 

Berhubung kejadian penghuni rumah (E-2-05) membawa parang keluar untuk menetak pengurus bangunan, pihak pengurusan telah membuat lapuran polis.


Pihak Polis telah datang mengiringi pihak pengurusan membuat pemotongan bekalan air dan menutup lubang yang pecah.


Penghuni yang membawa parang tidak kelihatan, semasa kehadiran pihak polis beliau tidak berada di dalam rumah.


Terima kasih kepada pihak polis kerana membantu pihak pengurusan menjalankan tugas dan juga pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Bangunan Encik Shashie serta pekerjanya yang berani mengharungi situasi yang genting.


Thursday, November 3, 2016

Penyewa Membawa Parang Keluar Hendak Menetak Pengurus Bangunan Dan Encik Saiful.


Masih ingat lagi tak rumah yang bernombor E-2-05. Semalam Encik Lee membuat tinjauan setelah seorang penghuni yang tinggal dibawah membuat aduan bahawa tingkat atas paip air mengalir keluar.

Selepas disiasat dan didapati rumah itu masih mencuri air lagi. Arahan telah diberikan untuk memotong pada hari keesokannya.


Hari ini berlaku kejadian di mana penyewa tersebut keluar membawa parang keluar dan lari menuju ke arah Pengurus Bangunan dan ingin menetak atau menikam beliau. 

Mujur tindakan pantas Pengurus Bangunan berlari dari tempat tersebut apabila beliau mendapati bahaya akan melandanya.


Beberapa keping gambar sempat diambil sebelum beliau sempat membuat sesuatu. Lapuran Polis akan dilakukan bagi membuat tangkapan ke atas orang tersebut.



Setelah dipotong bekalan airnya beberapa kali, penyewa tersebut datang membuat bayaran penuh tetapi tidak mahu membuat pembayaran penalti yang dikenakan akibat perbuatan mencuri air. 

Oleh kerana pembayaran penalti tidak dibayar, pihak pengurusan tidak menyambung balik paip meter tersebut. Hari ini pihak pengurusan memotong bekalan airnya lagi tetapi disambut dengan sebilah PARANG.


Gambar air yang dicuri 3 minggu yang lepas dan perbuatan mencuri air masih berlaku sehingga hari ini.

Monday, October 3, 2016

E-2-05 Mencuri Bekalan Air Lagi.


Masih ingat lagi tak bekalan air yang dicuri pada 27hb September oleh penghuni E-2-05 telah dipotong sambungannya. Semalam pihak pengurusan mendapati penghuni tersebut mencuri lagi menggunakan cara sambungan yang lain.

Bukan senang hendak menguruskan Bayu Villa ini jika kita mempunyai penghuni yang sedemikian. Tidak mahu membayar tetapi menggunakan cara mencuri bekalan air.


Bekalan air yang dicuri pada 27hb September 2016 dan bekalan air telah dipotong pada hari berikutnya.




Tuesday, September 27, 2016

Mencuri Bekalan Air Lagi. Blok E-2-05


Hari ini berlaku lagi kejadian  mencuri bekalan air di Bayu Villa. Kecurian ini berlaku di unit rumah bernombor E-02-05. Atas kecurian ini denda sebanyak RM300.00 akan dikenakan keatas unit rumah tersebut.

Kebelakangan ini proses pemotongan bekalan air terpaksa dijalankan secara besar besaran bagi mengingatkan pembayaran wang penyelenggaraan harus dijelaskan. Ramai penghuni semakin mengabaikan tanggungjawab mereka membuat bayaran yang tertunggak.


Keadaan kewangan Bayu Villa kini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Pembayaran bil bulan kepada pihak Syabas, Tenaga Nasional Berhad dan sedikit sebanyak kontraktor kini menghadapi kesukaran.

Pihak pengurusan JMB Bayu Villa buat masa ini menghadapi kesukaran menjalankan segala aktiviti aktiviti yang membina ke atas Bayu Villa.

Tuesday, May 10, 2016

Proses Pembaikian Paip Air - Pemberhentian Bekalan Air


Block A - 11.05.2016 

 
Block B - 12.05.2016


Block D - 13.05.2016

Thursday, April 28, 2016

Pemilik Tuan Rumah Panggil Potong, Penyewa Sambung Balik.


Ini lah kes yang selalu berlaku di dalam Bayu Villa. Apabila menghadapi situasi tidak boleh mendapat bayaran, perkara sedemikian seperti pemotongan bekalan air disusuli dengan pencurian air. 

Pemotongan bekalan air ini dilakukan atas arahan pemilik rumah tersebut yang telah menyewakan rumah kepada seorang penyewa. Perkara ini berlaku di Blok D-5-05. Mencuri air merupakan satu kesalahan. Oleh yang sedemikian tindakan susulan akan diambil.

Wednesday, January 27, 2016

Kejadian Mencuri Bekalan Air Berlaku Lagi. Kali Ini Di D-2-23A



Sebuah lagi unit rumah di D-2-23A mencuri bekalan air apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menghentikan perkhidmatan airnya.

Setelah diperiksa rumah tersebut mempunyai tunggakan yang agak tinggi iaitu sebanyak RM2,653.21.
 

Penghuni penghuni yang beginilah yang selalu menyebabkan pihak pengurusan susah menjalankan tugas dalam menyelenggara hal ehwal kewangan Bayu Villa.

Merekalah merupakan penyebab utama yang menyebabkan segala kemudahan di dalam Bayu Villa tidak dapat diperbaiki sepenuhnya.
  
Oleh kerana beliau mencuri bekalan air, satu notis akan diberikan bahawa pencurian air akan menyebabkan bayaran mencuri sebanyak RM300.00 setiap bulan akan dikenakan ke atas akaun penghuni tersebut.
 

Friday, December 4, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Masih Dijalankan - Blok D

 
 
Proses pemotongan bekalan air masih lagi dijalankan bagi memastikan penghuni penghuni mengikut peraturan yang ditetapkan.
 
 
Pembayaran wang penyelenggaraan harus dikutip setiap bulan bagi menjamin pengaliran dana untuk kewangan JMB Bayu Villa.

 

Badan Pengurusan JMB Bayu Villa akan tetap meneruskan agenda bagi memastikan perbelanjaan memperbaiki segala kerosakan yang ada di Bayu Villa sentiasa dapat dipulihkan.





Wednesday, November 25, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Telah Bermula.

 



Proses pemotongan bekalan air telah bermula dari satu blok ke satu blok. Proses sedemikian sememangnya perlu bagi memastikan kewangan JMB Bayu Villa berada dalam keadaan sihat. 
 



Lebih kurang sudah 4 bulan pihak Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa tidak memotong bekalan air dan akibatnya ramai penghuni yang masih selamba dan leka untuk membuat bayaran wang penyelenggaraan.
 


Pemotongan bekalan air ini amatlah diperlukan bagi memastikan penghuni yang menggunakan air mahu pun kemudahan yang berada di dalam Bayu Villa tahu akan tanggungjawab mereka membuat pembayaran wang penyelenggaraan setiap bulan.


Thursday, October 22, 2015

Kejadian Mencuri Bekalan Air Berlaku Lagi.

 
Kejadian mencuri bekalan air berlaku lagi. Kali ini ianya berlaku di Blok E tingkat 1. Pengurusan JMB Bayu Villa difahamkan unit rumah ini telah disewakan kepada seorang yang menguruskan restoran dan digunakan oleh pekerjanya.

Pemotongan bekalan air ini terpaksa dijalankan atas arahan pemilik unit tersebut. Pihak pengurusan telah awal awal memotong bekalan air tersebut. Tanpa diketahui mereka telah membuat penyambungan secara senyap senyap.  


Monday, March 23, 2015

Pemotongan Bekalan Air Tetap Dijalankan Setiap Minggu. Minggu Ini Blok B Akan Dipotong Bekalan Air.



Proses pemotongan bekalan air tetap akan dijalankan bagi memastikan hasil kutipan tunggakan wang penyelenggaraan tetap dapat menampung jumlah perbelanjaan yang harus ditanggung oleh JMB Bayu Villa setiap bulan.



Minggu lepas pihak pengurusan memotong bekalan air di Blok E dan Blok A. Proses pemotongan air di Blok B akan dijalankan pada minggu ini.



Diharap kepada semua penghuni yang mempunyai tunggakan supaya memastikan unit mereka membuat bayaran semasa mereka untuk mengelak pemotongan bekalan air ke atas unit mereka.  


Friday, March 13, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Dijalankan Di Blok D dan Blok E



Proses pemotongan bekalan air telah dijalankan di Blok D dan Blok E. Pemotongan kali ini adalah berdasarkan kepada jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM500.00 ke atas.




Pemotongan bekalan air ini akan dijalankan pada setiap masa sehingga keseluruhan tunggakan wang penyelenggaraan dapat dikutip habis. 




Minggu depan pihak pengurusan akan menjalankan proses pemotongan di Blok A, Blok B dan Blok C. Pemotongan bekalan air ini amatlah perlu bagi menampung segala perbelanjaan yang harus dilalui oleh pihak pengurusan.