Showing posts with label Cukai Tanah. Show all posts
Showing posts with label Cukai Tanah. Show all posts

Saturday, January 14, 2017

Cukai Tanah 2017 Yang Terbaru. RM 44,881.00


Ini merupakan salinan baru Cukai Tanah untuk tahun 2017. Jumlah yang perlu dibayar berjumlah RM44,881.00

Pembayaran Cukai Tanah yang lepas adalah berjumlah RM41,978.00. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM2,903.00

Thursday, January 12, 2017

Tindakan Keras Akan Diambil Keatas Sesiapa Yang Tidak Membayar Cukai Tanah !!!


Cukai Tanah merupakan cukai yang harus dibayar kepada pihak Pejabat Tanah pada setiap tahun. Tahun ini pihak pejabat tanah telah mengumunkan bahawa terdapat kenaikan keatas cukai tanah untuk tahun 2017.

Kenaikan ini merupakan suatu berita yang baru dan mengejutkan kerana pihak kerajaan negeri sepatutnya bertimbang rasa keatas penghuni yang tinggal di Pengsapuri.  Melalui informasi yang diterima kenaikan ini adalah berdasarkan kepada status tanah dimana harga tanah sudah melambung tinggi semenjak kebelakangan ini.

Suka tak suka penghuni terpaksa dibebani dengan kos kenaikan tersebut. Jika ditinjau dan dianalisa ramai penghuni masih mengengkari membuat pembayaran tersebut. Disebabkan oleh keadaan sedemikian pengurusan akan mengambil tindakan drastik untuk memastikan kesemua cukai tanah yang tertunggak dapat dikutip.

Surat notis serta amaran telah diberi kepada kesemua penghuni untuk memastikan pembayaran Cukai Tanah dilakukan dengan segera sebelum 15hb Februari 2017. Jika tidak tindakan pemotongan bekalan akan dilakukan.

Saturday, June 18, 2016

Bil Hasil Cukai Tanah 2016 Telah Dijelaskan.


Untuk makluman anda semua, Cukai Tanah 2016 telah selesai dijelaskan. Tiada lagi tunggakan kepada Pejabat Tanah Daerah Klang. Bil hasil ini merupakan pembayaran yang terakhir setelah melalui pembayaran ansuran sebanyak 5 kali.

Keseluruhan pembayaran berjumlah RM 41,978.00


Thursday, April 21, 2016

Bayaran Ansuran Ke 4 Cukai Tanah Diselesaikan.

Bayaran ansuran Cukai Tanah kali ke 4 telah diselesaikan. Sekarang cuma tinggal hanya satu lagi bayaran ansuran yang belum diselesaikan.

Wednesday, March 16, 2016

Pembayaran Ansuran Ketiga Cukai Tanah 2016 Telah Dijelaskan


Pembayaran Ansuran Ketiga Cukai Tanah 2016 berjumlah RM8,395.60 telah dijelaskan mengikut perjanjian pembayaran ansuran sebanyak 5 kali. 

Mengikut rekod pembayaran ansuran, hanya tinggal baki selama 2 bulan sahaja iaitu bulan April dan bulan Mei.

Friday, March 4, 2016

Bayaran Ansuran Kedua Cukai Tanah Selesai.


Bayaran ansuran kedua Cukai Tanah sebanyak RM 6,296.70 telah selesai dijelaskan. Sekarang hanya tinggal 3 kali bayaran ansuran yang harus diselesaikan iaitu bulan Mac, April dan Mei.
 
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tunggakan yang sedia ada.

Wednesday, February 3, 2016

Jumlah Sebanyak RM 10,494.50 Telah Dibayar Kepada Pejabat Tanah.


Semalam seorang penghuni telah pergi membuat bayaran kepada pihak Pejabat Tanah atas Cukai Tanah Bayu Villa. Beliau membuat bayaran sebanyak RM2,098.90 bagi membolehkan penukaran nama keatas Srata Title beliau.

Mengikut maklumat yang didapati oleh beliau, tunggakan tersebut harus dijelaskan sekurang kurangnya 25 peratus dari jumlah asal tunggakan.

Sehingga kini JMB Bayu Villa telah menyelesaikan sejumlah RM 10,494.50 tunggakan Cukai Tanah. Masih lagi ada tunggakan sebanyak RM 31,483.50 yang belum dijelaskan.


Friday, January 15, 2016

JMB Bayu Villa Mendapat Kelulusan Membuat Bayaran Cukai Tanah Secara Ansuran


 
Cukai Tanah berjumlah RM 41,978.00 untuk tahun 2016 telah pun diterima. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membuat permohonan untuk membayar secara ansuran sebanyak 5 kali.
 
Kelulusan telah diberikan kepada badan pengurusan dan pembayaran ansuran yang pertama sebanyak RM 8,395.60 telah dilakukan pada 15.01.2016.
 

 
Untuk makluman semua penghuni, Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa tidak berupaya membuat bayaran sekali gus kerana kewangan yang sedia ada tidak membenarkan kami untuk berbuat demikian. 
 
 
Mengikut maklumat yang diterima, segala urusan berkenaan jual beli mahupun urusan pinjaman semula akan menghadapi sedikit sebanyak masalah kerana pihak Pejabat Tanah Galian di Shah Alam tidak membenarkan segala proses urusan dijalankan jika masih terdapat tunggakan yang sedia ada.


Wednesday, September 23, 2015

Genap Setahun JMB Mengambil Alih. Bagaimana Pencapaiannya???

Genap setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa  baru mengambil alih (21.09.2014) daripada pengurusan lama. Sudah sampai masanya kita menilai sejauh manakah prestasi yang dilalui oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang baru. 

1) 24.09.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Syabas melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 392,216.58
Tunggakan sehingga hari ini - RM 207,166.63




2) 02.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pembersihan melalui pembayaran tunggakan.


Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 32,520.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM15,000.00

3) 09.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat penyelengaraan Lif melalui pembayaran tunggakan.




Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 26,100.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 14,000.00

4) 12.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2013 dan 2014,  Pejabat Tanah dan Galian - RM 47,921.20 


Tiada tunggakan untuk Cukai Tanah bagi tahun berakhir 2014


5) 25.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pengawal keselamatan melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 145,485.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 89,000.00


6) 16.01.2015 - Tunggakan Wang Penyelenggaraan penghuni berjumlah RM 813,252.43 dapat dikurangkan jumlah tunggakannya sehingga dalam purata RM 600,000.00 ke RM 640,000.00 sebulan.



7) Jika dikaji daripada carta dibawah jumlah tunggakan yang sedia ada sehingga 22.09.2015, penghuni di Bayu Villa masih mempunyai tunggakan sebanyak RM 629,220.39


8) 19.01.2015 - Kisah sebenar dipaparkan mengenai puncanya berlaku dan kenapa tunggakan yang sedia ada (TNB) melambung kepada RM 484,149.29




9) 29.01.2015 - Berjaya menyelesaikan isu tunggakan TNB melalui pembayaran ansuran. 

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 484,149.29
Tunggakan sehingga hari ini (anggaran) - RM 270,000.00


10) 15.02.2015 - Walaupun berupaya menjelaskan begitu banyak tunggakan dalam masa 6 bulan tetapi mengikut rekod yang tertera menunjukkan tunggakan kepada pemuitang masih mempunyai RM 934,573.88


Pada bulan Februari 2015 tunggakan kepada pemuitang berada pada RM 934,573.88

Sehingga hari ini tunggakan kepada pemuitang berada dalam anggaran RM 595,000.00

11) 14.05.2015 - Tunggakan Cukai Tanah tahun 2015 dijelaskan sepenuhnya RM 41,978.00



12) 28.06.2015 - Berjaya menjelaskan saman mahkamah daripada TNB sebanyak RM 7,937.49



Ini merupakan hasil ringkasan kerja kerja yang telah dilakukan oleh pengurusan baru JMB Bayu Villa sepanjang setahun mengambil alih. 

Banyak lagi perkara perkara akan dipaparkan sepanjang perjalanan ini. Pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya menaikan Pengsapuri Bayu Villa supaya ianya menjadi tempat yang lebih menarik serta cantik. 

Thursday, May 14, 2015

Bil Cukai Tanah Telah Dijelaskan Sepenuhnya RM 41,978.00


Bil hasil yang terakhir telah dijelaskan sepenuhnya. Tiada tunggakan lagi untuk tahun 2015. Jumlah keseluruhan bil hasil untuk 2015 ialah RM 41,978.00



Jumlah tersebut telah dijelaskan melalui 3 pembayaran ansuran iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2015.

Monday, April 20, 2015

Pembayaran Ansuran Bil Hasil Tanah (Cukai Tanah) 2015 Kali Kedua Telah Dilaksanakan.

Pembayaran tunggakan Bil Hasil Tanah 2015 (Cukai Tanah) kepada Pejabat Tanah yang berjumlah RM41,997.60 telah dilaksanakan dengan membuat permohonan kepada pihak Pejabat Tanah sebanyak 3 kali pembayaran ansuran.

Pembayaran ansuran yang pertama berjumlah RM13,993.00 pada 13.03.2015 telah dibayar dan kali ini JMB Bayu Villa telah membuat pembayaran ansuran yang kedua. 




Pada tarikh 20.04.2015, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membuat pembayaran ansurannya yang kedua berjumlah RM13,993.00 kepada Pejabat Tanah.

Pada bulan depan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan membuat pembayaran ansurannya yang terakhir berjumlah RM 13,991.60 

Sunday, March 22, 2015

Ansuran Pertama Cukai Tanah Sebanyak RM13,993.00 Kepada Pejabat Tanah Diselesaikan.


Pembayaran tunggakan Bil Hasil Tanah 2015 (Cukai Tanah) kepada Pejabat Tanah yang berjumlah RM41,997.60 telah dilaksanakan dengan membuat permohonan kepada pihak Pejabat Tanah sebanyak 3 kali pembayaran ansuran.

Pada tarikh 13.03.2015, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membuat pembayaran ansurannya yang pertama berjumlah RM13,993.00 kepada Pejabat Tanah.


Sunday, February 15, 2015

Tunggakan JMB Bayu Villa Kepada Pemuitang RM934,573.88

Sehingga tarikh 15.02.2015, tunggakan JMB Bayu Villa keatas pemuitang yang sedia ada dan yang belum dibayar sehingga tarikh hari ini:

1) Tenaga Nasional Berhad - RM 407,429.29
2) Syabas Berhad - RM 307,166.59
3) TS Sun Shine Cleaning Services - RM 23,000.00
4) Reelliance Security Services Sdn Bhd- RM 135,000.000
5) Shinyou Elevators Sdn Bhd - RM 20,000.00
6) Pejabat Tanah dan Galian 2015 - RM 41,978.00


Jumlah keseluruhan tunggakan ialah RM934,573.88


Tunggakan wang penyelenggaraan penghuni kepada pihak pengurusan RM745,328.86 sehingga 15.02.2015

Jika dinilai dan dikaji akan jumlah tunggakan yang sedia ada, JMB Bayu Villa masih mempunyai tunggakan defisit yang berjumlah hampir RM 200,000.00

Satu jumlah yang amat menakutkan jika JMB Bayu Villa ingin mengharungi segala rintangan yang sedia ada. Sememangnya jumlah tersebut adalah sangat besar memandangkan kos pemulihan serta kos penyelenggaraan telah naik berkali ganda semenjak tahun 2006 sehingga sekarang. 

Buat masa ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan membuat penilaian semula berkenaan status yang sedia ada dan berkemungkinan besar mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan mengatasi kemelut yang tidak akan berakhir memandangkan defisit ini harus dikaji dengan lebih mendalam pada jangka masa ini.  



Thursday, November 20, 2014

Tiada Hutang Dengan Pejabat Tanah Dan Galian. Isu Cukai Tanah Telah Diselesaikan.


Berita yang memberangsangkan. Isu pembayaran Cukai Tanah akhirnya selesai selepas laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor menunjukkan bahawa tiada tunggakan Cukai Tanah yang perlu dibayar.

Diharap semua penghuni yang mempunyai isu semasa dengan pihak bank ataupun dengan pihak peguam segera pergi menyelesaikan masalah mereka sebelum ketibaan Cukai Tanah 2015 yang baru. 

Cara bagaimana hendak mengetahui kedudukan Cukai Tanah anda. 

Laman Web : hasil.selangor.gov.my
Tekan : Semakan Bil Cukai Tanah (sebelah kanan)
Taip : Nombor Akaun Cukai Tanah  

Wednesday, November 12, 2014

Cukai Tanah 2013 Dan 2014 Telah Dijelaskan Pembayarannya - RM 47,921.20

Kebelakangan ini isu Cukai Tanah yang telah melanda Bayu Villa telah menyebabkan ramai pemilik serta penghuni tidak dapat menyelesaikan masalah dengan pihak peguam mahupun pihak bank. Boleh dikatakan tiap tiap hari Pengerusi dan Bendahari menerima panggilan talipon bertanyakan status Cukai Tanah.

Seperti yang tertera di dalam blog yang lepas pada 01.11.2014, (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/pejabat-tanah-dan-galian-sudah-jatuh.html) isu tunggakan pembayaran Cukai Tanah merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan segala urusan seperti penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) dapat dijalankan.

Baca link ini juga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah benar (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/kenapa-masih-terdapat-tunggakan-cukai.html)

Memandangkan isu ini terlalu penting, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak bersalah.



Ada di antara mereka terpaksa membayar denda bunga lewat (late penalty interest) yang dikenakan oleh pihak bank, ada juga yang terpaksa membayar sewa rumah kerana melebihi tempoh, ada pula terpaksa meminjam wang daripada Ah Long untuk menyelesaikan masalah hutang kerana tidak mendapat pinjaman, ada setengah yang memerlukan wang untuk mendapatkan perubatan, ada di antara mereka meminjam wang daripada saudara mara atau kawan kawan untuk menyelesaikan masalah pinjaman bank, ada di antara mereka membatalkan perjanjian jual beli kerana tidak boleh menukar nama dan sebagainya. 

Kes seperti penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) haruslah diselesaikan secepat yang mungkin supaya mereka mempunyai kehidupan yang lebih aman dan tenteram.



Setelah berbincang dan mendapat persetujuan dengan Pengerusi JMB Bayu Villa Cik Sri Sharmini, Bendahari Bayu Villa Encik Lee terus pergi ke Pejabat Tanah untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah sebanyak RM 41,978.00 untuk tahun berakhir 2014.

Pada permulaan Encik Lee bertanyakan kepada pegawai yang bertugas adakah resit dan surat perlepasan akan diberikan selepas menjelaskan tunggakan Cukai Tanah 2014? Pegawai itu menjawab surat perlepasan cuma akan diberikan selepas Cukai Tanah 2013 dan 2014 dijelaskan sepenuhnya.



Encik Lee menerangkan kepada pegawai tersebut bahawa cuma terdapat sekeping cek sahaja yang tinggal bertarikh 15.12.2014 berjumlah RM 5,943.20 dan sebelum ini 9 keping cek telah lepas untuk pembayaran tunggakan Cukai Tanah 2013 dan diharap boleh diberi pengecualian tetapi permohonan ditolak.

Tetapi pegawai tersebut menegaskan surat perlepasan tidak akan diberikan jika masih terdapat tunggakan tersebut. Beliau mencadangakan agar Encik Lee datang kembali membuat bayaran tunggakan Cukai Tanah 2014 bersama dengan cek yang bertarikh 15.12.2014 (RM 5,943.20).

Oleh kerana tempoh pembayaran tunggakan pada tarikh 15.12.2014 (cuma tinggal 15 hari sebelum tahun baru 2015) tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada, Encik Lee membuat keputusan drastik membayar penuh RM 5,943.20 (menggunakan wang peribadinya) pada hari itu juga bagi memberi laluan dan masa (sebulan setengah) untuk sesiapa yang ingin menyelesaikan masalah masing masing dengan secepat yang mungkin.


Oleh kerana pembayaran Cukai Tanah 2013 cuma tinggal sekeping cek berjumlah RM 5,943.20 yang telah dijelaskan, cek itu dipulangkan kepada Encik Lee (cek itu mempunyai 3 tandatangan daripada bekas Ahli Jawatankuasa JMB yang lama iaitu Pengerusi, Setiausaha serta Bendahari).

Memandangkan JMB Bayu Villa telah menjelaskan sejumlah RM 47,921.20, Bayu Villa cuma mempunyai tempoh selama sebulan setengah (12.11.2014 - 31.12.2014). Pegawai Pejabat Tanah telah memberi jaminan bahawa segala urusan berkenaan peguam dan bank akan diberi perlepasan sebelum 01.01.2015.  

Di harap semua penghuni atau pembaca blog ini menyeru sesiapa yang mempunyai masalah berhubung penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) segera menyeru peguam mereka atau panel bank mereka SEGERA melakukan segala atau sebarang transaksi yang perlu sebelum tarikh akhir 31.12.2014.

Talipon Pejabat Tanah: 03-33711963
Encik Abdul Razak (Ext 525)
Puan Mazwin (Ext 500)

Untuk mendapatkan resit salinan pembayaran, sila ke pejabat pengurusan.

JIKA TIDAK SIAP DALAM TEMPOH (sebulan setengah) SEHINGGA AKHIR 2014, SEBARANG TRANSAKSI UNTUK 2015 AKAN TERBANTUT LAGI JIKA JMB BAYU VILLA TIDAK BERUPAYA MENJELASKAN CUKAI TANAH UNTUK TAHUN 2015.



Sunday, November 2, 2014

Kenapa Masih Terdapat Tunggakan Cukai Tanah 2014 Yang Masih Belum Dijelaskan?

Apakah yang sebenarnya berlaku? Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, Bendahari Bayu Villa Encik Lee telah membuat siasatan berdasarkan kepada fakta serta menemui bekas pengerusi JMB Bayu Villa Encik Mohd Salim untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang sebenarnya telah berlaku pada ketika itu.

Kenapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan Cukai Tanah yang tertunggak?



Hasil siasatan daripada Encik Lee,

1. Sebelum pengambilan kuasa pengurusan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama pada bulan November 2013, Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. (BVMC) masih mempunyai tunggakan Cukai Tanah dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) sebanyak RM 59,431.60 dengan fi tunggakan (denda lewat) sebanyak RM 21,943.20. (Jumlah keseluruhan RM 81,374.80).


Pada waktu yang sama segala pembelian/penjualan rumah dan pinjaman semula (refinancing) tidak menghadapi sebarang masalah kerana pihak BVMC ada membuat pembayaran ansuran Cukai Tanah kepada pihak Pejabat Tanah. Pihak PTG ada memberi sepucuk surat kebenaran (pelepasan) untuk memudahkan segala urusan penukaran hakmilik mahupun pinjaman semula.

2. Bulan Jun 2013. Pembayaran ansuran kepada Pejabat Tanah sebanyak RM 10,173.00 pada setiap bulan mulai bulan Februari 2013 (selama 4 bulan) terhenti apabila terdapat sekumpulan penduduk serta penghuni pada pertengahan bulan Julai mulai menghantar notis kepada semua penduduk dan penghuni di dalam Bayu Villa supaya berhenti membayar wang penyelenggaran dan bil air kerana didapati pihak pengurusan pada ketika itu BVMC telah menyelewengkan wang penyelenggaran penduduk.

Notis yang di hantar itu memang cukup berkesan sehingga pihak pengurusan BVMC menghadapi tekanan dari segi masalah pengutipan wang penyelenggaran. Penerimaan bayaran wang penyelenggaran menurun secara mendadak dan mulai merosot dari sebulan ke sebulan.



3. Bulan Ogos 2013, penyebaran mengenai penyelewengan pihak pengurusan  Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd (BVMC) semakin berleluasa dan memuncak serta membara di keseluruhan Bayu Villa sehingga ramai penduduk dan penghuni bersepakat tidak akan membayar wang penyelenggaran dan bil air mereka masing masing. 


Disebabkan jumlah penerimaan wang penyelenggaran jatuh mendadak, pihak pengurusan BVMC tidak berupaya membuat sebarang pembayaran kepada pihak Syabas, TNB, Pejabat Tanah Dan Galian (Cukai Tanah) mahupun pembayaran tunggakan kepada kontraktor.


4. Pada 10.11.2013 Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang pertama ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah dengan "Sijil Perakuan" yang dikeluarkan oleh COB Klang pada 28.11.2014. Kerja kerja menerajui Apartment Bayu Villa bermula.

5. Bulan Januari 2014. Segala urusan pembelian/penjualan serta pinjaman semula (refinancing) tidak dapat dilaksanakan kerana Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) tidak memberi sebarang surat pelepasan kerana terdapat tunggakan Cukai Tanah yang lama. 

Mengikut undang undang segala urusan pembelian/penjualan yang belum diselesaikan pada tahun 2013 akan diminta sekali lagi oleh firma guaman menyerahkan surat pelepasan yang baru dari PTG bagi tahun 2014 jika urusan tidak dapat disiapkan pada tahun 2013.

Banyak firma guaman serta orang perseorangan meminta JMB Bayu Villa untuk mendapatkan surat perlepasan membantu mereka menyelesaikan masalah termasuk Encik Lee (sebelum menjadi bendahari JMB Bayu Villa yang baru) yang juga pada 2013 ada menjual sebuah unit kedai pada ketika itu.


 6. Sebagai seorang pengerusi JMB Bayu Villa, Encik Mohd Salim mengambil insiatif keluar dan berbincang dengan pihak atasan PTG berhubung dengan isu pembayaran tunggakan Cukai Tanah. Beliau bukan setakat cuba menolong dalam isu tunggakan Cukai Tanah tetapi beliau juga cuba menyelesaikan isu tunggakan seperti Syabas dan TNB. 

Atas usaha beliau dan perbincangan dengan beberapa pihak atasan di SUK, persetujuan telah dicapai bahawa fi tunggakan sebanyak RM 21,943.20 akan dimansuhkan dengan syarat tunggakan Cukai Tanah yang lepas RM 59,431.60 dibayar dalam bentuk ansuran dan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 harus dijelaskan sebelum tarikh akhir 31hb Mei 2014. Jika tidak denda fi tunggakan sebanyak 7 peratus akan dikira bersama dengan segala tunggakan yang ada.


6. Di antara bulan Februari dan Mac 2014. Disebabkan oleh tekanan serta desakan, JMB Bayu Villa mengeluarkan 10 keping cek yang berjumlah RM 59,431.20 dengan setiap cek berjumlah RM 5,943.20 untuk menyelesaikan masalah tunggakan Cukai Tanah yang lama.


7. Encik Lee pada waktu yang sama bertanyakan kepada bekas setiausaha kenapa terdapat masalah mendapatkan surat pelepasan daripada PTG, beliau menjelaskan bahawa bayaran telah dibuat tetapi PTG masih tidak mahu memberi surat perlepasan dan meminta Encik Lee mengumpul semua tuan punya rumah pergi berjumpa dengan PTG. Beberapa kali Encik Lee bertanyakan kepada bekas setiausaha tersebut tetapi beliau memberi jawapan yang sama.



8. Bekas pengerusi Encik Mohd Salim juga menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan (JMC) Bayu Villa supaya membuka sekeping cek lagi yang berjumlah RM 41,978.00 yang akan digunakan untuk membayar Cukai Tanah 2014 sebelum akhir bulan Mei 2014.

Bekas pengerusi itu mencadangkan agar pembayaran kepada syarikat pengawal keselamatan serta syarikat pembersihan (dalam anggaran RM 40,000) ditangguhkan selama sebulan kerana mereka tidak menunjukkan sebarang kemajuan atau prestasi di dalam pekerjaan mereka. 

Wang sebanyak RM 40,000.00 ini akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada bekas setiausaha, ajk dan pengurus bangunan pada waktu itu.



9. Bekas pengerusi Encik Mohd Salim memberi penerangan jika pembayaran tunggakan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 dilakukan, JMB Bayu Villa boleh mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada tunggakan wang penyelenggaraan sebanyak RM70,000.00 yang dapat diterima daripada tuan punya rumah yang menjual rumah tetapi apa yang disarankan oleh bekas pengerusi tersebut mengalir masuk terus ke dalam longkang.


10. Bulan April 2014. Disebabkan terdapat transaksi yang mencurigakan di dalam akaun penerimaan/perbelanjaan wang dan tiada resit perbelanjaan dapat dikemukan setelah diminta beberapa kali, bendahari JMB Bayu Villa meletakan jawatan serta merta bersama sama dengan pengerusi JMB Bayu Villa pada bulan April dan Mei 2014.

Dipercayai pada waktu yang sama pihak pengurusan telah menerima sejumlah pembayaran wang penyelenggaran dalam sekitar RM 350,000.00 sebelum ditolak keatas semua perbelanjaan tetapi tiada pembayaran bil semasa kepada Syabas dan TNB pada masa itu.

Akuan bank JMB Bayu Villa terus dibekukan mulai saat itu sehingga kini. Lapuran polis juga telah dibuat bagi melindungi mereka dari segala tomahan atau kecurigaan yang mungkin berlaku didalam penyata kewangan JMB Bayu Villa pada ketika itu.



11. Bulan Mei 2014. Bekas setiausaha pada waktu yang sama masih menyanyikan lagu yang sama bahawa beliau tidak tahu menahu kenapa pihak PTG tidak memberi sebarang surat pelepasan kepada JMB Bayu Villa setelah beberapa kali ditanya oleh Encik Lee berkenaan status Cukai Tanah walaupun beliau telah diberi penjelasan yang begitu jelas oleh bekas pengerusi.



12. Bulan Julai 2014. Pada 06.07.2014 semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa yang pertama diadakan bagi mengisi jawatan pengerusi dan bendahari, bekas setiausaha itu menarik diri dan meletakan jawatan secara mengejut pada hari pemilihan ahli jawatankuasa tanpa sebarang surat perletakan jawatan. Mulai daripada saat itu isu pemindahan hakmilik rumah tergendala sehingga hari ini.

13. Bulan Ogos 2014. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak diiktiraf kerana terdapat beberapa orang individu yang tidak layak menerajui serta memegang jawatan di dalam ahli jawatankuasa di JMB Bayu Villa.



14. Bulan September 2014. Mesyuarat Agung Luarbiasa yang kedua diadakan lagi bagi mengisi kekosongan ahli jawatankuasa bendahari serta ajk.

15. Bulan Oktober 2014. Pengiktirafan oleh pihak COB Klang keatas perlantikan ahli jawatankuasa yang baru. 

Situasi apakah yang telah berlaku pada ketika itu juga ada berhubung kait dengan link ini "Syabas - Kisah Sebenar" (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/10/kisah-sebenar-penyata-air-bayu-villa.html)
............................................................................................................

Persoalannya kenapa perkara ini tidak dicari jalan penyelesaian dan kenapa harus diputar belitkan segala isu yang berhubung kait dengan Syabas, TNB dan PTG? Apakah cerita yang sebenarnya berlaku didalam JMB Bayu Villa yang lepas sehinggakan JMB Bayu Villa yang baru terpaksa menanggung bebanan yang begitu berat sekali?

JMB Bayu Villa mempunyai satu tugas yang amat berat tetapi ianya bukanlah suatu masalah yang amat besar jika JMB Bayu Villa dapat bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Apartment Bayu Villa, penduduk serta penghuni dalam mengharungi malapetaka ini tetapi JMB Bayu Villa merasa amat pedih dan sedih sekali melihat ramai penghuni yang tidak bersalah terpaksa menanggung seksaan yang berterusan sehingga kini.

Melalui perbualan Encik Lee dengan Encik Mohd Salim, jelas sekali bekas pengerusi itu telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Bayu Villa tetapi disebabkan rasa tamak dan menjaga kepentingan beberapa orang individu, Bayu Villa menghadapi satu situasi yang amat tenat.

Bah kata pepatah:

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Saturday, November 1, 2014

Pejabat Tanah Dan Galian - Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.


Bak kata pepatah:

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Baru baru ini terdapat banyak kes yang bersangkut paut dengan pembelian/penjualan mahupun pinjaman semula (refinancing) dengan pihak bank terbantut atau tersangkut di tengah jalan akibat masalah berhubung dengan isu pembayaran Cukai Tanah. Terdapat lebih kurang 60 puluh unit rumah yang menghadapi masalah tersebut.


Tempoh beberapa hari yang lepas Pengerusi Bayu Villa Cik Sri Sharmini telah mengarahkan Bendahari Bayu Villa Encik Lee pergi ke Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Klang untuk mendapatkan segala resit dan bayaran yang sudah dijelaskan.

Tujuan pengambilan resit tersebut ialah untuk memudahkan kerja pihak guaman serta pihak bank dapat menyelesaikan masalah yang telah lama tertunggak seperti penukaran nama hakmilik, pembayaran penyelesaian keatas pembelian/penjualan rumah dan pinjaman semula (refinancing) dengan pihak perbankan.


Melalui maklumat yang diterima sebelum mengambil alih pentadbiran pengurusan pada 21.09.2014, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama ada mengeluarkan sebanyak 10 keping cek yang berjumlah  RM 59,431.60 dengan setiap satu cek berjumlah RM 5,943.20 untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah.

Melalui informasi yang diterima, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru menganggap bahawa tiada masalah untuk meneruskan kerja kerja melaksanakan pembelian/penjualan serta pinjaman semula setelah terdapat bukti pembayaran yang telah dibuat setiap bulan. Ramai yang menalifon Pengerusi serta Bendahari bertanyakan status terbaru akan pembayaran Cukai Tanah.


Pengerusi serta Bendahari JMB Bayu Villa memberi jawapan kepada setiap pembeli/penjual rumah dan firma guaman bahawa tiada masalah dengan pembayaran cukai kerana setiap bulan penyata kewangan akaun bank ada menunjukkan jumlah pembayaran sebanyak RM 5,943.20 kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor tidak pernah menghadapi masalah.

Sememangnya tiada isu yang harus timbul kenapa penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) tidak boleh dilakukan. 


Tetapi sebelum Bendahari Encik Lee memulakan tugasnya pergi ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, tiba tiba salah seorang penghuni menalifon Encik Lee memberitahu bahawa transaksi pembelian/penjualan rumah masih tidak dapat dilakukan kerana masih terdapat isu tunggakan Cukai Tanah 2014 yang masih belum dijelaskan.

Mendengar huraian daripada tuan punya rumah berkenaan isu tunggakan ini, Bendahari Encik Lee terperanjat apabila diberitahu bahawa masih terdapat tunggakan Cukai Tanah yang masih belum diselesaikan.  


Pada waktu yang sama Encik Lee mula melakukan siasatan terperinci di PTG apakah sebenarnya yang telah berlaku sehinggakan isu ini tidak pernah diselesaikan dan diberi perhatian yang sepenuhnya.

Tunggulah untuk perkembangan berita yang terbaru  melalui siasatan yang terperinci "Kenapa Masih Terdapat Tunggakan Cukai Tanah 2014 Yang Masih Belum Dijelaskan?"

Dalam pada itu pihak Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) meminta Bayu Villa menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 dengan serta merta jika ingin menyelesaikan masalah dalaman. Satu jumlah yang amat mustahil untuk menyelesaikan tunggakan ini dalam masa yang terdekat ini.

Jika ianya dapat diselesaikan sekali pun, Bayu Villa cuma mempunyai tempoh masa selama 2 bulan sebelum ketibaan bil Cukai Tanah 2015 yang harus diselesaikan sebelum surat perlepasan bagi tahun 2015 dikeluarkan oleh PTG. Masalah penukaran hakmilik cuma dapat bertahan selama 2 bulan sebelum bil Cukai Tanah 2015 tiba. 

Sedih juga seketika apabila melihat keadaan ini terpaksa dilalui oleh JMB Bayu Villa. Entah apa lagi yang akan datang menghantui Bayu Villa di dalam masa yang terdekat ini.