Sunday, April 9, 2017

Keistimewaan Tempat Pakir Ditarik Balik Akibat Tunggakan Wang Penyelenggaraan.


Keistimewaan pakir yang dikhaskan kepada setiap unit kedai sentiasa dikaji dari masa ke semasa.

Tempoh beberapa hari yang lalu, keistimewaan tempat pakir ini ditarik balik akibat terdapat tunggakan selenggara dan air yang berjumlah RM8,826.60 keatas.
  


Pihak pengurusan tidak akan teragak agak menarik balik apa jua keistimewaan yang sentiasa diberi jika pembayaran tunggakan wang selenggara tidak dijelaskan.




Tunggakan keseluruhan berjumlah RM 8,826.60


Saturday, April 8, 2017

Senarai Nama Penghutang Berjumlah RM4,000.00 Keatas - Jumlah Keseluruhan RM 381,318.37



Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Pesuruhjaya Bangunan Klang.
Jalan Raya Barat.
Selangor.                                                                           07.04.2017

Tuan/Puan,

Re: Senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan RM4,000.00 ke atas.

Berhubung dengan lampiran senarai yang diberikan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang bahawa mulai bulan April 2017 kami akan sentiasa memaparkan senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan dipapan kenyataan serta didalam laman blog kami. (bayuvillaapartment.blogspot.my)

Untuk makluman pihak COB Klang, pemaparan ini akan memudahkan kami menjalankan tugas kerja selenggara yang sedia ada. Semasa semakan kami pada tarikh 01.04.2017 tunggakan penghuni keatas JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM861,090.87

Jumlah ini amatlah besar dan ianya menyulitkan pihak pengurusan menguruskan perbelanjaan seharian maka tindakan drastik terpaksa diambil bagi memperingatkan tunggakan mereka.

Pemaparan senarai nama diharap dapat membantu pengurusan mempunyai aliran kewangan yang lebih baik.

Sekian terima kasih.



Yang benar,



……………………………….
Lee Boon Hoe – Bendahari JMB Bayu Villa
Tel: 012-2159897 / 016-2159897




Surat Peringatan Gagal Ansuran Bayaran Bil Air Dari Pihak COB Klang



Surat peringatan yang pertama yang dihantar oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (22.12.2016) berhubung dengan tunggakan lama yang tidak dapat dibayar kerana JMB Bayu Villa menghadapi masalah aliran kewangan yang tidak stabil. 


Surat balasan atau jawapan kepada pihak Syabas mengenai status atau keadaan yang berlaku keatas kewangan Bayu Villa.


Surat pemberitahuan atau notis dari COB Klang (14.01.2017) yang diterima pada penghujung bulan Februari supaya menjalankan usaha membuat bayaran ansuran yang sepatutnya mengikut jadual bayaran ansuran yang disediakan oleh Syabas.


Surat peringatan yang kedua (26.01.2017) dihantar untuk peringatan kepada JMB Bayu Villa supaya mematuhi pembayaran ansuran untuk mengelakan pemotongan bekalan air.


Friday, April 7, 2017

Pembayaran Tunggakan Lama Sebanyak RM160,413.79 Telah Terbantut. Surat Amaran Diterima.


Bulan lepas Badan Pengurusan Bayu Villa menerima sepucuk surat berhubung dengan tunggakan lama (Gagal Ansuran) yang tak dapat dijelaskan oleh JMB Bayu Villa. Keadaan ini berlaku kerana JMB Bayu Villa mengalami masalah kewangan untuk menjelaskan tunggakan yang sedia ada.

Beberapa bulan yang lepas, JMB Bayu Villa telah tahu kes kes sebegini akan berlaku dimana surat amaran akan diberikan oleh pihak Syabas berhubung tunggakan ini.



Perjumpaan akan diadakan dengan pihak berkuasa Syabas mengenai masalah menjelaskan tunggakan yang sedia ada. Hari ini (07.04.2017) JMB Bayu Villa telah pergi ke pejabat Syabas dan membuat bayaran RM10,000.00 sebagai bayaran untuk memulakan rundingan dengan pihak Syabas.


Perbincangan juga akan merangkumi proses migarsi air yang sedang dijalankan. Untuk makluman penghuni proses migarsi (kerja pemasangan paip air) di Bayu Villa telah siap sepenuhnya.

Monday, April 3, 2017

Tunggakan Sehingga 01.04.2017 - RM861,090.87


Jumlah tunggakan sehingga 01.04.2017 dari keseluruhan penghuni adalah berjumlah RM 861,090.87 Jumlah ini sangat besar serta merupakan angka yang sememangnya memeritkan. 

Banyak lagi tunggakan yang harus diselesaikan serta banyak lagi kerja pembaikian harus dijalankan. Kalau keadaan ini berlarutan keadaan kewangan JMB Bayu Villa tidak dapat bertahan lama.