Thursday, February 25, 2016

Kereta Diletak Menghalang Proses Kecemasan. Bayi Dilahirkan Di Dalam Rumah


Semalam seorang penghuni yang tinggal di Blok A telah melahirkan seorang anak lelaki di rumahnya. Tetapi proses ini diganggu oleh sebuah kereta yang degil meletakan keretanya di depan lobby.


Ini menyusahkan pihak Ambulan untuk menjalankan tugas memberi perkhidmatan kepada ibu yang melahirkan anak. Mengikut maklumat diterima daripada pihak pengawal keselamatan, tuan punya kereta ini memang degil bila selalu diberitahu jangan sekali kali melekatkan kenderaannya sesuka hati.


Mujurlah tiada apa apa yang berlaku dan bayi itu selamat dilahirkan di dalam rumahnya. Walaupun pihak Ambulan menghadapi sedikit masalah tetapi kerja memberi perkhidmatan tetap dijalankan.



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan tahniah kepada ibu yang selamat melahirkan anaknya di dalam rumah. Kedua duanya berada dalam keadaan yang sihat.


Diharap apa yang berlaku menjadi suatu pengajaran kepada penghuni di Bayu Villa supaya jangan lagi suka suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati kerana di waktu kecemasan tiada siapa yang tahu bila ianya akan berlaku.


No comments:

Post a Comment