Saturday, February 6, 2016

Notis Pemberitahuan Penggunaan Kad Akses Akan Berkuatkuasa


Bagi memastikan bahawa keadaan keselamatan serta pengawalan yang lebih teratur penggunaan kad akses untuk masuk dan keluar telah diperluaskan kepada kenderaan motorsikal.


Untuk makluman anda semua kenderaan motosikal jika tidak mempunyai kad akses mulai 1hb Mac 2016 tidak akan dibenarkan masuk dan keluar lagi.


Keputusan penggunaan kad akses telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bayu Villa pada 10hb Januari 2016 dimana ramai daripada penghuni mengundi untuk mengadakan kad akses ke atas motosikal.

Keputusan telah dilakukan sebulat suara melalui persetujuan kesemua penghuni yang hadir.
  


Pemberian notis ini juga diberikan kepada penghuni kereta di mana mulai 15.02.2016 jika mereka yang tidak mempunyai kad akses juga tidak akan dibenarkan masuk melainkan mereka mendaftar di depan pos kawalan.



Pihak pengurusan merasakan ianya amat perlu bagi memastikan pengawalan masuk dan keluar dapat diawasi dengan lebih ketat lagi.






Pihak keselamatan telah diberikan mandat sepenuhnya bagi memastikan segala urusan perjalanan masuk dan keluar akan diawasi dengan sebaik mungkin bagi mengelakan kecurian kenderaan motosikal daripada berulang. 







No comments:

Post a Comment