Friday, February 5, 2016

Mesyuarat Pengawal Keselamatan Diadakan Bagi Meningkatkan Mutu Perkhidmatan.



Mesyuarat pengawal keselamatan diadakan pada hari Selasa 02.02.2016 bagi memastikan segala masalah yang sedia ada diselesaikan.

Banyak perkara diperbincangkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada. Perkara yang diperbincangkan seperti penggunaan kad akses untuk kereta serta motosikal.



Mulai 15.02.2016 sesiapa yang tidak mempunyai kad akses tidak akan dibenarkan masuk lagi kedalam Bayu Villa melainkan mereka membuat pendaftaran dengan pihak keselamatan. Perkara ini telah diungkitkan oleh sebilangan penghuni yang merasakan pengawal keselamatan bekerja memilih kasih.

Oleh kerana bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi, pihak pengawal keselamatan akan mengetatkan lagi kawalan pos keluar masuk di pintu masuk kereta dan motosikal.



Penggunaan kad akses untuk kenderaan motosikal terpaksa dilaksanakan memandangkan terdapat motosikal yang diletak di dalam pun boleh hilang. Bagi memastikan setiap motosikal yang keluar dari kawasan Bayu Villa haruslah mempunyai kad akses.

No comments:

Post a Comment