Perintah Mahkamah yang di tampal di tingkap depan kedai tersebut. Pembersihan dijalankan pada hari ini untuk membersihkan segala sampah sarap yang bersepah di depan kedai.
Saturday, August 16, 2014
Kedai Barangan Jualan Runcit Di Sita Oleh Mahkamah.
Semalam berlaku satu kekecohan di bawah kedai Blok D (D-G-10) di mana salah seorang tuan punya kedai membawa peguam, polis dan pihak mahkamah untuk menyita kedai tersebut serta memindahkan kesemua barangan tersebut.
Pada waktu yang sama semua barangan yang berada di dalam di angkut keluar. Dipercayai pihak penyewa tidak membayar tunggakan sewa kepada tuan punya kedai. Apabila di minta berpindah, pihak penyewa mengugut tuan punya kedai. Disebabkan oleh keadaan sedemikian tuan punya kedai mengambil tindakan mahkamah.
Saturday, August 9, 2014
Pengesahan Ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bagi Apartment Bayu Villa, Bayu Perdana, Klang
Setelah hampir sebulan berlalu semenjak Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 6hb Julai 2014, pihak COB Klang telah menghantar surat meminta pengesahan setiap ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang di lantik haruslah menghantar resit caj pembayaran penyelenggaraan untuk disahkan pembayarannya.
Terdapat lima (5) anggota yang di pilih dan di lantik menjawat jawatan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang di pilih pada hari mengundi yang dijalankan pada 6hb Julai 2014.
Pengerusi ada meminta kesemua ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama yang di lantik supaya menghantar resit bayaran caj penyelenggaraan dengan secepat yang mungkin.
Mengikut sumber dan maklumat yang didapati, pada 7hb Ogos 2014, pengerusi JMB dan AJKnya telah berjumpa dengan Puan Norhafizah dan menyerahkan resit bayaran caj penyelenggaraan kepada pihak COB Klang untuk mendapatkan pengesahan tetapi yang menghairankan ialah cuma tiga (3) anggota ahli JawatanKuasa (JMC) yang menghantar resit tersebut dan dua (2) lagi anggota ahli JawatanKuasa tidak beupaya mengemukakan resit bayaran caj penyelenggaran apabila di minta.
Disebabkan oleh perkembangan yang mengejutkan di mana dua (2) lagi anggota yang di pilih serta di lantik tidak berupaya menunjukkan resit bayaran seperti yang dikehendaki oleh pihak COB, maka keputusan drastik seperti siasatan mungkin akan dijalankan bagi memastikan tindakan selanjutnya.
APAKAH YANG TELAH BERLAKU DI DALAM INSIDEN INI SEHINGGAKAN DUA (2) ANGGOTA JMC TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN RESIT CAJ PENYELENGGARAAN YANG SEPATUTNYA DISERAHKAN KEPADA PIHAK COB KLANG?
APAKAH YANG TELAH BERLAKU DI DALAM INSIDEN INI SEHINGGAKAN DUA (2) ANGGOTA JMC TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN RESIT CAJ PENYELENGGARAAN YANG SEPATUTNYA DISERAHKAN KEPADA PIHAK COB KLANG?
Wednesday, August 6, 2014
Lif Di Blok E Tidak Berfungsi Akibat Tiada Penyelenggaran Dari Masa ke Semasa.
Pada hari Sabtu yang lepas (02.08.2014) lif yang berada di Block E telah mengalami kerosakan akibat tidak diselenggara selama ini. Ini mengakibatkan kedua-dua lif ini tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Mujurlah pada hari Isnin kedua-dua lif ini dapat diperbaiki sepenuhnya walaupun pihak pengurusan menghadapi kesukaran dan masalah menyelesaikan hutang kontraktor lif akibat kecuaian pihak pengurusan JMB yang lama yang cuma dapat menjaga dan mengambil alih selama 8 bulan.
Friday, August 1, 2014
Cukai Tanah Pejabat Daerah/Tanah Klang Ke Atas Apartment Bayu Villa - RM41,978.00 Setahun
Cukai Tanah yang dikenakan ke atas Apartment Bayu Villa adalah RM41,978.00 setahun. Di sini dipaparkan jumlah cukai serta tunggakan yang lepas yang di hutang kepada pihak Pejabat Tanah pada tahun 2013.
Mengikut informasi yang di terima pembayaran secara ansuran terhenti pada suku tahun ketiga 2013 selepas pihak pengurusan lama (Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd) tidak berupaya untuk membuat pembayaran akibat penerimaan wang penyelenggaran yang di kutip tidak mencukupi.
Untuk jumlah cukai yang masih lagi di hutang pada tahun 2014, kami tidak mempunyai maklumat tersebut.
Subscribe to:
Comments (Atom)

















