Friday, August 1, 2014

Cukai Tanah Pejabat Daerah/Tanah Klang Ke Atas Apartment Bayu Villa - RM41,978.00 Setahun



Cukai Tanah yang dikenakan ke atas Apartment Bayu Villa adalah RM41,978.00 setahun. Di sini dipaparkan jumlah cukai serta tunggakan yang lepas yang di hutang kepada pihak Pejabat Tanah pada tahun 2013.

Mengikut informasi yang di terima pembayaran secara ansuran terhenti pada suku tahun ketiga 2013 selepas pihak pengurusan lama (Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd) tidak berupaya untuk membuat pembayaran akibat penerimaan wang penyelenggaran yang di kutip tidak mencukupi.
Untuk jumlah cukai yang masih lagi di hutang pada tahun 2014, kami tidak mempunyai maklumat tersebut. 

No comments:

Post a Comment