Saturday, August 9, 2014

Pengesahan Ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bagi Apartment Bayu Villa, Bayu Perdana, Klang

Setelah hampir sebulan berlalu semenjak Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 6hb Julai 2014, pihak COB Klang telah menghantar surat meminta pengesahan setiap ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang di lantik haruslah menghantar resit caj pembayaran penyelenggaraan untuk disahkan pembayarannya.

Terdapat lima (5) anggota yang di pilih dan di lantik menjawat jawatan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang di pilih pada hari mengundi yang dijalankan pada 6hb Julai 2014. 

Pengerusi ada meminta kesemua ahli JawatanKuasa Pengurusan Bersama yang di lantik supaya menghantar resit bayaran caj penyelenggaraan dengan secepat yang mungkin. 

Mengikut sumber dan maklumat yang didapati, pada 7hb Ogos 2014, pengerusi JMB dan AJKnya telah berjumpa dengan Puan Norhafizah dan menyerahkan resit bayaran caj penyelenggaraan kepada pihak COB Klang untuk mendapatkan pengesahan tetapi yang menghairankan ialah cuma tiga (3) anggota ahli JawatanKuasa (JMC) yang menghantar resit tersebut dan dua (2) lagi anggota ahli JawatanKuasa tidak beupaya mengemukakan resit bayaran caj penyelenggaran apabila di minta.

Disebabkan oleh perkembangan yang mengejutkan di mana dua (2) lagi anggota yang di pilih serta di lantik tidak berupaya menunjukkan resit bayaran seperti yang dikehendaki oleh pihak COB, maka keputusan drastik seperti siasatan mungkin akan dijalankan bagi memastikan tindakan selanjutnya.   

APAKAH YANG TELAH BERLAKU DI DALAM INSIDEN INI SEHINGGAKAN DUA (2) ANGGOTA JMC TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN RESIT CAJ PENYELENGGARAAN YANG SEPATUTNYA DISERAHKAN KEPADA PIHAK COB KLANG?

No comments:

Post a Comment