Thursday, April 16, 2015

Masalah Meletek Kenderaan Sesuka Hati Masih Berlaku Lagi. Pengawalan Ketat Akan Dijalankan.




Masalah meletakan kenderaan mereka secara sesuka hati masih lagi berlaku walaupun pihak pengawal keselamatan telah bertungkus lumus mengetatkan kawalan di dalam.





Denda demi denda telah diberikan kepada mereka tetapi kesalahan tetap dilakukan pada setiap masa.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak akan teragak agak mengenakan denda yang lebih tinggi jika perkara sedemikian masih berlaku setiap hari.








Buat masa ini jumlah yang melakukan kesalahan semakin berkurangan tetapi ianya tidak akan berhenti begitu sahaja. Pihak pengawal keselamatan akan menjalankan tugas mereka dari masa ke semasa bagi memantau masalah meletakan kereta mereka sesuka hati.















Wednesday, April 15, 2015

Sistem Komputer Penyelenggaraan Kenakan CAJ GST Ke Atas Bayu Villa.

CSS Decision Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menyelenggara kesemua sistem urusan penyelenggaraan dari segi kutipan mahupun didalam perakuanan. 

Semenjak pengambil-alihan daripada JMB Bayu Villa yang lama, pihak pengurusan JMB Bayu Villa yang baru telah mengunakan sistem komputer penyelenggaran yang canggih mulai November 2014.


Sistem ini merupakan sistem yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat pengurusan termasuk pihak pengurusan pusat membeli belah (shopping mall) dan juga pihak pengurusan bangunan (condominium) yang bertaraf 5 bintang. 


Setiap bulan caj bulanan perkhidmatan adalah RM 250.00. Dengan perlaksanaan CAJ GST 6% mulai 01.04.2015 syarikat CSS Decision Sdn Bhd mengenakan CAJ GST 6% sebanyak RM 15.00

Tuesday, April 14, 2015

Caj GST 6% Yang Pertama Telah Dikenakan Ke Atas Bayu Villa. Caj GST Pengunaan Air Daripada Syabas.

Seperti yang anda sedia maklum caj GST 6 % telah dikenakan ke atas bil air daripada Syabas. 


Walaupun ianya cuma menunjukkan caj GST 6% sebanyak RM 467.34 tetapi jumlah ini adalah jumlah yang dikenakan mengikut purata kegunaan selama 10 hari.


Bil pengunaan air yang dikenakan oleh Syabas adalah daripada tarikh 10.03.2015 sehingga 10.04.2015, jadi purata pengunaan air selama 10 hari bermula 01.04.2015 sehingga 10.04.2015 telah dikenakan bayaran CAJ GST 6% sebanyak RM 467.34



Berikut adalah contoh pengiraan pengunaan air Caj GST yang dikenakan ke atas Bayu Villa.

RM 10,000 X 6 peratus = RM    600.00

RM 20,000 X 6 peratus = RM 1,200.00

RM 25,000 X 6 peratus = RM 1,500.00 


Ini merupakan sebahagian caj GST 6% yang dikenakan. Masih lagi terdapat bil bekalan elektrik, bil pengurusan syarikat, bil penyelenggaraan lif dan sebagainya yang masih belum nampak akan jumlah keseluruhan caj GST 6% yang mungkin dikenakan ke atas Bayu Villa. 

Monday, April 13, 2015

Akibat Main Bolasepak, Sebahagian Atap Genting Dan Cermin Pecah.

 


Akibat terlalu beria-ia hendak bermain bolasepak, atap genting di kawasan isti rehat telah pecah akibat bola yang ditendang terkena kepada atap tersebut.



Kejadian ini bukan berlaku hanya sekali sahaja tetapi telah berkali kali terkena pada atap genting tersebut. Boleh dikatakan setiap hujung atap tersebut telah pecah habis.

 

Malahan ianya bukan sahaja berlaku di kawasan isti rehat tetapi cermin tingkap bilik senaman juga telah pecah akibat terkena bola.

Jika JMB Bayu Villa terlalu tegas dengan merampas bola tersebut ianya akan menyebabkan keadaan huru hara dan berkemungkinan besar boleh mencetuskan pergaduhan di antara pihak pengurusan dengan ibu bapa mereka.


Saturday, April 11, 2015

Bil Syabas Berjumlah RM20,902.85 Dijelaskan. Tunggakan Kepada Syabas Masih Tinggal RM 280,000.00


Bil Syabas yang berjumlah RM20,902.85 sudah dijelaskan pada 08.04.2015.


Jika dilihat pada bil tunggakan yang tertera di atas, jumlah tunggakan kepada pihak Syabas sehingga sekarang hanya berada dalam linkungan RM 280,000.00 jika kita hendak menbandingkan tunggakan semasa pihak JMB Bayu Villa yang baru mengambil alih daripada pengurusan yang lama iaitu sebanyak RM392,216.58



Jika kita lihat pada jumlah angka yang tertera di atas, JMB Bayu Villa akan mengharungi jumlah tunggakan keatas Syabas masih mempunyai 28 bulan lagi (sebulan RM10,000.00) iaitu pembayaran habis tunggakan ini akan selesai pada bulan Julai 2017.