Tuesday, April 14, 2015

Caj GST 6% Yang Pertama Telah Dikenakan Ke Atas Bayu Villa. Caj GST Pengunaan Air Daripada Syabas.

Seperti yang anda sedia maklum caj GST 6 % telah dikenakan ke atas bil air daripada Syabas. 


Walaupun ianya cuma menunjukkan caj GST 6% sebanyak RM 467.34 tetapi jumlah ini adalah jumlah yang dikenakan mengikut purata kegunaan selama 10 hari.


Bil pengunaan air yang dikenakan oleh Syabas adalah daripada tarikh 10.03.2015 sehingga 10.04.2015, jadi purata pengunaan air selama 10 hari bermula 01.04.2015 sehingga 10.04.2015 telah dikenakan bayaran CAJ GST 6% sebanyak RM 467.34



Berikut adalah contoh pengiraan pengunaan air Caj GST yang dikenakan ke atas Bayu Villa.

RM 10,000 X 6 peratus = RM    600.00

RM 20,000 X 6 peratus = RM 1,200.00

RM 25,000 X 6 peratus = RM 1,500.00 


Ini merupakan sebahagian caj GST 6% yang dikenakan. Masih lagi terdapat bil bekalan elektrik, bil pengurusan syarikat, bil penyelenggaraan lif dan sebagainya yang masih belum nampak akan jumlah keseluruhan caj GST 6% yang mungkin dikenakan ke atas Bayu Villa. 

1 comment:

  1. Easy to save when you can just grant all resident unit here an individual meter by Syabas. Don't talk saying here got GST, there got GST when options to save us all from GST is available.

    Or is the an ulterior motive behind not wanting the individual meter?

    ReplyDelete