Perlaksanaan dan pemberitahuan penggunaan kad akses masih berjalan dengan lancar sehingga hari ini. Gambar yang dipaparkan merupakan gambar yang diambil beberapa hari yang lepas sebelum kes melanggar palang boom gate.
Notis pemberitahuan masih lagi dilakukan pada setiap masa supaya kesemua penghuni mempunyai kad akses setiap masa.
Walaupun pihak pengawal keselamatan menghadapi beberapa masalah akibat isu dan perangai setengah penghuni yang tidak memahami kenapa pihak pengawal keselamatan begitu menekan sangat tentang isu permohonan kad akses ini.
Pihak pengurusan JMB Bayu Villa telah menekankan bahawa sistem penggunaan kad ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 15hb April 2015 walaupun ianya akan menghadapi masalah berhubung dengan isu perangai setengah penghuni yang tidak memahami sistem yang akan dilaksanakan.
Sehubungan dengan perlaksanaan ini, ianya akan lebih memberi mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada penghuni di Bayu Villa.
No comments:
Post a Comment