Lantai lif di Blok B telah ditukar kepada yang baru bagi mengatasi masalah lantai yang karat. Keadaan ini dapat memastikan keselamatan penghuni yang menggunakannya setiap hari.
Lampu baru juga dipasang bagi menerangkan keadaan dalaman lif. Kerja mengecat akan dijalankan bagi mencantikan dalaman lif.
Masalah elektronik juga akan diperbaiki bagi mengatasi masalah teknikal yang mungkin berlaku dari masa ke semasa.
Keadaan asal lantai lif di Blok B sebelum diperbaiki. Proses pembaikian ini melibatkan penambahan kepingan besi, tambahan sekeping papan lapis serta penambahan getah pelapik yang baru.
Setelah getah lama dikeluarkan, beginilah keadaan permukaan lantai kepingan besi yang lama yang harus diperbaiki bagi menjamin ketahanannya.
Kerja ini melibatkan tenaga kerja sebanyak 4 orang untuk melakukannya. Kos pembaikian lantai lif ini menelan belanja sebanyak RM 2,000.00 + RM 120 (GST 6 peratus)
No comments:
Post a Comment