Keadaan lif yang sedia ada di Blok A sebelum kerja mengecat dilakukan. Jika dilihat akan keadaan dalaman lif tersebut ianya sememangnya menjijikan apabila dipandang.
Sewaktu JMB Bayu Villa mengambil alih pada tahun lepas, ianya sememangnya telah tertera di dalam kertas kerja bahawa lif akan diperbaiki apabila waktu dan masa serta kewangan mengizinkan kerja pembaikian dijalankan.
Walaupun kerja mengecat ini dilakukan, masalah seperti menconteng tetap akan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Diharap perkara sedemikan tidak akan berlaku lagi.
Kerja pembaikian alatan elektronik di dalam lif Blok A akan dijalankan tidak berapa lama lagi bagi mengatasi segala masalah berhubung masalah teknikal yang mungkin berlaku ke atas lif di Blok A.
No comments:
Post a Comment