Perlaksanaan kad akses keluar masuk telah bermula pada 1hb April 2015. Perlaksanaan ini dipercayai akan mengambil masa sebulan untuk ianya beroperasi seratus peratus.
Pihak pengawal keselamatan telah diberikan kuasa sepenuhnya untuk memantau proses memberi tahu serta meminta supaya setiap penghuni pergi memohon kad akses.
Ianya akan menjadi lebih ketat lagi dari masa ke semasa supaya keluar masuk setiap penghuni dapat dipantau dan diteliti dengan sebaiknya.
Diharap proses perlaksanaan ini akan mengurangkan kes kes meletakan kenderaan mereka secara sesuka hati di dalam Bayu Villa.
Pada 1hb Mei 2015, kepada sesiapa yang tidak mempunyai kad akses haruslah berdaftar dengan pihak pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk kedalam.
No comments:
Post a Comment