Berhubung dengan surat yang diterima oleh pihak pengurusan pada 30hb Ogos 2016 berhubung dengan kes penyelewengan yang berlaku, Bendahari Bayu Villa telah mengemukakan segala jawapan keatas kes penyelewengan pada hari ini.
................................................................................Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa
D-G-21, Bayu
Villa Apartment
Jalan Batu Unjur
9, Taman Bayu Perdana,
41200
Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Majlis
Perbandaran Klang
Bangunan
Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran,
41675
Klang Bandar Diraja, Selangor. 21.11.2016
Pengarah
Pesuruhjaya Bangunan
Encik:
Ari bin Haji Adam.
Re: Kes
Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan
Berhubung dengan
perkara diatas, (no rujukan tuan : MPK/COB/S/Bayu Villa bertarikh 30.08.2016) kami
ingin memaklumkan kepada pihak tuan sememangnya terdapat kes penyelewengan
berlaku ke atas akaun JMB Bayu Villa pada
tahun 2014. Lapuran polis telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015 tetapi tiada
tindakan susulan daripada pihak polis. Pegawai Polis yang mengambil keterangan kami
ialah Inspektor Azri dari Bahagian Komersial Klang.
Penyelewengan
ini berlaku di antara bulan Jun dan bulan Julai tahun 2014. Perkara ini cuma
diketahui oleh pihak pengurusan baru yang baru dilantik setelah mulai membuat
pemeriksaan keatas setiap akaun penyelenggaraan individu.
Selepas mengambil alih daripada pengurusan lama kami
menjalankan siasatan terhadap akaun penyelenggaraan. Hasil siasatan kami dengan
lebih teliti, JMB Bayu Villa telah menjumpai sejumlah anggaran RM32,605.87 telah dilesapkan daripada
akaun individu setiap penghuni.
Siasatan lanjut juga ditumpukan kepada penerimaan tunggakan
wang penyelenggaraan dan kemasukan hasil wang tunai yang tidak dimasukkan ke
dalam akaun bank dan juga kenapa jumlah sebanyak RM32,605.87 dapat dikeluarkan daripada sistem secara begitu sahaja.
Mengikut anggaran pengiraan yang tidak sah, kemungkinan
sejumlah RM50,000.00 telah dilesapkan atau dihapuskan daripada akaun setiap
individu yang terlibat.
Setelah siasatan terperinci diteliti dan melalui mesyuarat
bulanan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa, keputusan telah
diambil supaya membuat lapuran polis ke atas kehilangan sejumlah tunggakan wang
penyelenggaraan tersebut.
Ini
merupakan bukti senarai nama unit resit palsu yang dikeluarkan bagi memadamkan
segala tunggakan wang penyelenggaraan yang didapati daripada dalam sistem yang
menunjukkan bahawa sejumlah RM 32,605.87 telah dipadamkan daripada sistem
penyemakan akaun Bayu Villa.
Pada 20.08.2015,
Badan Pengurusan ada menghantar surat kepada setiap individu yang terlibat
meminta mengemukan resit bayaran tetapi tiada jawapan daripada mereka. Oleh
yang sedemikian lapuran polis dilakukan supaya pihak berkuasa mengambil
tindakan.
Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014.
RM32,605.87 Diterima Dalam Sehari ?????
Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta
kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang
penyelenggaraan yang dibuat dan diterima setiap hari berada dalam sekitar
RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas.
Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak
pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87. Sejarah
yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang
tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan.
Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa
jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak
menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang
mencecah RM32,605.87 dalam sehari
iaitu pada 01.06.2014.
Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat
dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih
keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.
Melalui sisatan, kesimpulannya jenayah ini dilakukan kerana
pada bulan Julai 2014 akan diadakan Mesyuarat Agung Tergempar untuk memilih
kerusi Pengerusi serta Bendahari dan kesempatan ini diambil bagi memadamkan
segala tunggakan sebelum pengurusan baru mengambil alih.
Mereka yang terlibat tahu bahawa jika pengurusan baru mengambil
alih akaun akaun tersebut mereka akan menghadapi krisis pembayaran.
Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru
berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat
diterima dalam sehari. Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak
memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank.
Siasatan
lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan
WANG TUNAI sahaja.
Setelah disiasat
dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan
jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu. Didapati terdapat
ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah
tersebut.
Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai
jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 ke atas dipalsukan
serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah
komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang.
Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih,
tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka
dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran
tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan
Bil Insuran.
Agak
menghairankan kenapa setelah lapuran polis yang telah dilakukan pada 15hb Ogos
2015, tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa ke atas kejadian ini.
Sebagai Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang telah diamanahkan
tanggungjawab memandang berat kes ini kerana tindakan yang sepatutnya diambil
oleh pihak berkuasa tidak dilakukan oleh mereka.
Kami amat
mengharapkan bantuan daripada pihak COB agar mempercepatkan proses penyiasatan
ini supaya keadilan dapat ditegakkan. Salinan lapuran polis serta salinan resit
palsu ada dikemukan bagi menguatkan andaian kami mengenai kes penyelewengan
ini.
Di dalam lapuran
polis juga ada diungkitkan nama beberapa orang individu yang terlibat yang
mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih terang berhubung dengan isu ini.
No comments:
Post a Comment