Pada 20hb November 2016, Mesyuarat Agung Tahunan yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditunda kesuatu tarikh yang akan diumumkan. Tujuan utama mesyuarat ini dijalankan bagi memilih keseluruhan ahli jawatankuasa yang baru.
Keadaan perjalanan suasana mesyuarat menjadi kucar kacir apabila salah seorang penghuni (Encik Lim) datang kedepan dan menuduh Bendahari Bayu Villa memasukkan sejumlah wang penyelenggaraan ke dalam akaunnya. Keadaan menjadi huru hara apabila kebanyakkan penghuni baru yang hadir tidak tahu menahu mengenai kejadian yang telah lama berlaku semenjak 2 tahun yang lepas iaitu pada bulan September 2014.
Akibat keadaan mesyuarat yang tidak stabil dan tiada kehadiran Pengerusi, Setiausaha serta kesemua ahli jawatankuasa dan kecuaian dan kegagalan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menyiapkan Akuan Tahunan 2015 (Audited Account 2015) yang harus diaudit serta ketiadaan minit mesyuarat yang telah berlangsung pada 10hb Januari 2016 maka mesyuarat ini terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan bagi mempermudahkan proses menyediakan akaun pada waktu yang ditetapkan.
Pembatalan ini terpaksa dibuat bagi memastikan tiada sebarang elemen yang merbahaya yang mungkin berlaku. Keputusan ini dibuat setelah diambil kira akan keselamatan penghuni yang hadir di dalam mesyuarat.
Sewaktu perjalanan mesyuarat ini wakil pihak COB Klang tidak kelihatan pada ketika itu.
Kes penyelewengan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Encik Lim Chee Soon terhadap Bendahari JMB Bayu Villa adalah tidak benar kerana Pihak Polis Bahagian Jenayah Komersial Klang telah memberi pelepasan kepada Bendahari JMB Bayu Villa iaitu Encik Lee Boon Hoe tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh yang menunjukkan terdapat elemen elemen yang Encik Lee boleh di dakwa di dalam mahkamah.
Kes ini juga telah dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan mendapati tiada elemen penyelewengan berlaku.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun memberhentikan siasatan keatas Encik Lee kerana pihak SPRM juga tidak menjumpai sebarang bukti yang membolehkan mereka mengambil sebarang tindakan undang undang.
Siapakah sebenarnya Encik Lim Chee Soon dan kenapa sehingga sekarang beliau masih tidak putus asa mengungkitkan perkara ini???
there is also one moron who threw stool on the floor and walked off. Aduhai la, why is Bayu Villa having these morons around who keep on bragging and caused trouble - otak kat lutut ??????
ReplyDeleteI heard the moron was a police officer. Information from those who attended the meeting.
ReplyDeleteOMG, police officer ?..is he a BV resident? is he eligible for agm meeting in the first place. Shame on him, otak mmg kat lutut.
ReplyDelete