Proses kerja migrasi yang sedang rancak dijalankan telah melihatkan 2 blok di dalam Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Keseluruhan Blok D telah siap dipasang paip migrasi sepenuhnya. Kerja migrasi di Blok C akan siap pada hari Isnin depan.
Kerja kerja ini diharap akan disiapkan sepenuhnya dalam masa 3 bulan bagi membolehkan proses permohonan meter individu dengan pihak Syabas dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.
Walaupun masih ramai penghuni yang tidak menjelaskan fi bayaran cagaran serta bayaran proses pemasangan paip migrasi, kerja ini terpaksa dijalankan selepas pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memberi pinjaman secara ansuran kepada Badan Pengurusan Bayu Villa atas pertolongan pihak Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) memohon bantuan kewangan membantu Pengsapuri yang memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti yang sihat.
Minggu depan kerja kerja migrasi akan bermula di Blok E dan diharap semua penghuni mengambil tahu mengenai pemberhentian bekalan air dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment