Berhubung dengan kejadian yang berlaku dimana lapuran polis telah di buat oleh Encik Prakash mendakwa Encik Lee telah mencerobohi kedai beliau. Di sini adalah fakta fakta yang yang menunjukkan kenapa kejadian ini boleh berlaku.
Hak sebagai pemilik kedai di Bayu Villa Apartment
Encik Lee sebagai pemilik kedai sebaris dengan kedai Restoran Arti's Corner berhak menyuarakan kebimbangan ke atas cara pemasangan paip tersebut yang terus disalurkan kedalam saluran Indah Water.
Pernah dahulu (Blok D) kejadian seperti ini berlaku mengakibatkan keseluruhan kawasan saluran Indah Water penuh dengan minyak dan berbau busuk sehingga limpahan air najis yang bertakung. Tindakan diambil setelah menerima gambar dari penghuni yang menyuarakan kebimbangannya.
23.05.2017 (Jam 5.15 petang)
Untuk memastikan kerja kerja tersebut mengikut tatacara yang betul dan mendapat kelulusan, Encik Lee membuat lapuran bertulis ke pejabat JMB Bayu Villa untuk menyerahkan surat aduan berhubung dengan kes pemasangan paip secara terus kedalam saluran pengaliran air Indah Water.
Kandungan Surat
* Please do take action on this (D-G-8) matter. The shop has installed a new piping to Indah Water Sewerage hole. Previously there was major issue at the back lane when the shop flush all their dirt to the hole causing all the sewerage hole oily and it smell very bad. Please take an action by dismantle the pipe. Thank you *
Sewaktu Encik Lee menyerahkan surat aduan tersebut, pihak pengurusan telah memberitahu bahawa Encik Prakash telah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menjalankan kerja pemasangan paip tersebut.
Pengurus Bangunan Cik Eswary telah menunjukkan beberapa keping surat bahawa kerja kerja pengubahsuaian ini telah mendapat kelulusan bersamaan dengan kelulusan untuk "memasang perangkap minyak" dan tiada tindakan akan diambil kerana pihak pengurusan JMB Bayu Villa tidak mempunyai halangan membenarkan kerja dijalankan.
Jika dikaji dari gambarajah yang disediakan, Restoran Arti's Corner mendapat lesen perniagaan PADA 15.05.2017 atas syarat beliau harus mematuhi beberapa perkara:
1) Mendapatkan Suntikan Typhoid
2) Menghadiri Kursus Mengendalikan Makanan
3) Memasang Perangkap Minyak
4) Menjaga Kebersihan Premis
5) Mematuhi Syarat Syarat Premis Makanan
6) Mematuhi Syarat Syarat Perlesenan
Dan pada 17.05.2017 Encik Prakash menghantar beberapa pelan cadangan cara membuat pemasangan tersebut. Persoalannya sekarang?
1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.
1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.
2) Dalam masa yang begitu singkat, belum sampai seminggu sudah boleh mendapat kelulusan?
3) Dalam pelan cadangan, gambarajah menunjukkan selepas melalui tangki sisa makanan dan minyak, air buangan terus mengalir ke LONGKANG BELAKANG BANGUNAN?
(informasi yang salah - sepatutnya air buangan terus mengalir ke saluran Indah Water)
23.05.2017 (Jam 6.00 petang)
Untuk memastikan bahawa Restoran Arti's Corner ada membuat pemasangan yang betul serta memasang perangkap minyak dan sisa makanan, Encik Lee telah pergi ke kedai tersebut untuk menyiasat dengan sendirinya atas kesahihan pelan tersebut.
Sebelum masuk Encik Lee ada meminta kebenaran untuk masuk ke kedai tersebut daripada salah seorang pekerjanya yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Setelah dibenarkan masuk, Encik Lee memantau cara pemasangan serta mengambil beberapa keping gambar untuk dirujuk kepada pihak MPK atas kebimbangan ianya akan mengakibatkan saluran Indah Water tercemar oleh air buangan.
24.05.2017 (Jam 3.00 petang)
Pada hari keesokannya jam 3.00 petang Encik Lee menerima panggilan talipon dari Sarjan Shafaun meminta Encik Lee hadir ke Balai Polis Klang kerana ada lapuran polis bahawa Encik Lee mencerobohi kedai Encik Prakash dan meminta Encik Lee memulangkan barang yang diambil atau dicuri jika tidak Encik Lee akan di gari dan didakwa kerana menceroboh.
Dalam lapuran tersebut Encik Prakash mendakwa Projector beliau hilang setelah Encik Lee keluar melalui pintu belakang.
Encik Lee terperanjat kerana didakwa mencerobohi kedai tersebut sedangkan kebenaran untuk memasuki kedai tersebut telah diperolehi daripada pekerjanya. Pada waktu itu pintu depannya terbuka besar dengan beberapa pelanggan duduk di luar.
24.05.2017 (Jam 6.00 petang)
Semasa perjumpaan di atur bersama dengan Encik Prakash, Encik Lee bersama dengan Sarjan Shafuan, Encik Prakash berkeras hendak mendakwa Encik Lee menceroboh kedainya dan jumpa di mahkamah. Encik Lee meminta maaf jika beliau masuk ke kedai tersebut tanpa meminta izinnya. Tetapi Encik Prakash masih berkeras hendak mendakwa Encik Lee di mahkamah.
Encik Lee mempertikainya kalau hendak berjumpa di mahkamah tiada masalah, pokoknya dua pekerja harus membuat lapuran polis bahawa Encik Lee menceroboh masuk.
Sarjan Shafuan pun memberi nasihat kepada Encik Prakash jikalau beliau hendak sangat juga mengambil tindakan mahkamah - BOLEH tetapi syaratnya kedua pekerja harus menghadiri ke makamah setiap kali kes perbicaraan dijalankan.
Atas nasihat daripada Sarjan Shafuan, Encik Prakash meminta Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf kerana memasuki kedainya tanpa kebenarnya.
Akhirnya kata sepakat dan persetujuan dicapai, Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf setelah mendapat nasihat dari Sarjan Shafuan - *memasuki kedai orang tanpa izin walaupun pintu terbuka adalah sama sekali tidak diizinkan kerana tuan punya kedai boleh mendakwa pencerobohan telah berlaku*.
Selepas surat memohon maaf diserahkan oleh Sarjan Shafuan kepada Encik Prakash, beliau menarik balik lapuran polis tersebut.
Lapuran kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang akan dijalankan bagi memastikan spesifikasi pemasangan tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap sistem saluran air Indah Water.
Lapuran terpaksa dibuat kerana kerja kerja pemasangan ini dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum ada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang iaitu mengeluarkan bahan buangan (selepas melalui penapis minyak) ke dalam saluran Indah Water.
No comments:
Post a Comment