Showing posts with label ProTeam. Show all posts
Showing posts with label ProTeam. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Mesyuarat Agung Luarbiasa Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru - 21hb September 2014


Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Tujuan Mesyuarat Agung Luarbiasa ini diadakan ialah semata mata untuk mengisi kekosongan dua kerusi yang ditinggalkan di dalam pembentukan Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa yang baru.  


Pendaftaran dilakukan di dalam bilik pejabat pengurusan JMB Bayu Villa. Proses pemilihan hari ini melibatkan pemilihan serta pelantikan seorang (1) Jawatankuasa Bendahari (treasurer) serta empat (4) orang Ahli Jawatankuasa (committee members).


Kehadiran hari ini cukup memberangsangkan di mana ramai pemilik serta penghuni yang tinggal berdekatan datang untuk menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa ini.


Encik Kelvin di lantik untuk menjalankan kerja mengambil dan merakamkan video pada hari pengundian.


Tepat jam 10.00 pagi, kedatangan pemilik yang hadir di tempat pendaftaran bertambah begitu ramai sekali sehinggakan pihak pengurusan terpaksa berusaha menyiapkan proses pendaftaran dengan secepat yang mungkin.


Mesyuarat Agung Luarbiasa kali in juga dihadiri oleh begitu ramai angota pegawai polis yang berpakaian biasa untuk menjaga keamanan semasa proses perjalanan Mesyuarat Agung Luarbiasa ini. Dipercayai terdapat 10 anggota pegawai polis berdiri dan memantau keadaan suasana di sekitar kawasan pendaftaran.


Ramai daripada mereka yang tidak pernah datang untuk mengundi mahupun menghadiri sebarang mesyuarat yang pernah diadakan sebelum ini datang secara beramai ramai beratur untuk mendaftar.  


Kehadiran pemilik yang datang berpusu-pusu membuktikan keprihatian mereka akan perkembangan yang berlaku serta inisiatif untuk memainkan peranan mereka menaikan semula keadaan di dalam Bayu Villa.



Pemilik yang mempunyai kelayakan masuk ke dalam dewan mesyuarat menunggu mesyuarat bermula. Mesyuarat terpaksa bermula jam 11.00 pagi kerana masih terdapat begitu ramai yang datang membuat pendaftaran.



Kehadiran pegawai COB Klang, Puan Shaferella binti Sapardin bersama dengan rakannya yang datang untuk membuat pemantauan dan memerhati proses perjalanan Mesyuarat Agung Luarbiasa ini.



Masih ada beberapa individu yang sempat mengambil peluang membaca surat khabar dan menunggu sehingga mesyuarat bermula. 



Para penghuni dan penduduk yang hadir memerhati dari belakang semasa menunggu proses bermulanya perjalanan mesyuarat.




Mesyuarat Agung Luarbiasa dimulakan dengan Pengerusi memberi ucapan serta menekankan bahawa hanya pemilik yang mempunyai nama mereka yang tertera di dalam S&P (Sales and Purchase Agreement) sahaja yang boleh berada di dalam dewan mesyuarat.


Kehadiran penghuni serta penduduk di dalam dewan Bayu Villa yang sedang memerhatikan proses perjalanan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM).




Perjalanan mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dengan tiada insiden yang tidak dingini berlaku semasa proses pengundian dijalankan.



Boleh dikatakan secara kesimpulan Mesyuarat Agung Luarbiasa kali ini berjaya menarik begitu ramai sekali pemilik yang layak untuk mengundi. Mengikut rekod kehadiran, terdapat 62 pemilik yang berdaftar datang mengundi serta memilih ahli jawatankuasa. 



Siapakah yang telah dipilih di dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru? Tunggu blok yang seterusnya untuk mengetahui keputusannya.

Saturday, September 20, 2014

Sabotaj Kebakaran Berlaku Di Blok B - Tingkat 2.


SABOTAJ DEMI SABOTAJ 

Satu kebakaran telah berlaku di tingkat 2 Blok B bersebelahan dengan bilik pemadam api. Pada waktu yang sama Pro-Team sempat meninjau keadaan kejadian kebakaran pada waktu itu di mana bilik pemadam api itu masih dalam keadaan bahang panas. Paip yang berada di dalam telah terbakar dengan tangki pemadam api dipercayai telah meletup.


Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh dua orang lelaki India yang sengaja menyalakan api menggunakan mancis api serta pemetik api dengan membakar gulung hos api tersebut. 


Mujurlah terdapat seorang budak lelaki yang tinggal di bawah Blok B melihat kejadian tersebut dan berlari meminta pertolongan bahawa terdapat kebakaran yang berlaku di tingkat 2. 


Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dengan segera oleh penduduk di situ (tidak tahu siapa) sebelum ianya merebak keseluruhan bangunan di Blok B. Kejadian ini amat menakutkan di mana jika kebakaran ini tidak diketahui oleh sesiapa pada waktu itu kemungkinan besar kematian akibat kebakaran mungkin berlaku.


Jika di lihat di dalam keadaan bilik pemadam api, paip air yang diperbuat daripada PVC telah terbakar hangus. Sewaktu kejadian kebakaran berlaku, penduduk berdekatan telah menalipon pihak Bomba meminta bantuan segera.


Mengikut seorang saksi (seorang budak) yang berdekatan, beliau mendengar satu letupan yang kuat berlaku di dalam bilik pemadam api dan beberapa orang budak sempat melihat dua orang lelaki India berlari keluar mengikut tangga turun ke bawah.


Hasil siasatan Pro-Team di tempat kejadian mendapati perbuatan membakar gulung hos air ini sengaja dilakukan oleh dua orang lelaki India yang tidak dikenali mengikut butiran saksi beberapa orang budak yang sedang bermain berdekatan dengan tempat kejadian. 


Sehubungan dengan kejadian sedemikian, penduduk di Bayu Villa haruslah berwaspada dan berhati hati pada setiap masa untuk melihat dan meninjau segala tindak tanduk setengah orang yang tidak dikenali berkeliaran di dalam Bayu Villa.


Perbuatan keji ini dipercayai bertujuan untuk mensabotaj Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang akan diadakan pada 21hb September 2014. 


Adik inilah merupakan orang yang pertama meneriak meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan bahawa terdapat kebakaran yang berlaku di tingkat 2. 

Pihak Pro-Team ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keberanian adik ini yang meminta pertolongan sehingga dapat menyelamatkan keadaan kebakaran yang berlaku. 


Beberapa orang budak yang melihat kejadian kebakaran yang berlaku masih sempat membawa Pro-Team melihat sekotak mancis yang ditinggalkan oleh 2 orang lelaki India tersebut.

Dipercayai cubaan membakar gulung hos api menggunakan mancis api tidak berjaya, jadi pemetik api digunakan bagi membakar gulung hos api tersebut. 


Semasa Pro-Team berada di tempat kejadian, lebih kurang dalam masa 20-25 minit pihak Bomba baru sampai di tempat kejadian. 


Oleh kerana kejadian kebakaran ini telah berjaya dipadamkan oleh penduduk, pihak Bomba memeriksa keadaan tempat kejadian serta mengambil gambar akan keadaan tempat pembakaran yang berlaku. 

 

Perjumpaan Dan Perbincangan Yang Memberangsangkan Daripada Penduduk Yang Hadir.


Perjumpaan Pro-Team bersama Pengerusi, AJK dan penduduk berjalan dengan lancar dengan kebanyakan penduduk yang menghadiri perjumpaan ini dengan sebulat suara bersetuju bekerjasama akan cuba membangunkan keadaan di dalam Bayu Villa.


Di dalam perbincangan tersebut juga ada di sentuh perkara yang terbaru iaitu pihak Syabas akan memotong bekalan air ke dalam Bayu Villa dalam masa beberapa hari ini jika tiada bayaran dapat diberikan kepada mereka.


Perkara ini amat merisaukan kerana pihak pengurusan JMB ada menghantar surat kepada Syabas, COB Klang serta mendapatkan surat sokongan daripada Ahli Parlimen Klang - Y.B Charles Santiago meminta pihak Syabas memberi tempoh masa yang lebih lama serta berjumpa dengan pihak atasan Syabas tetapi pihak Syabas tetap dengan pendirian mereka bahawa pemotongan akan dijalankan juga dalam beberapa hari ini. Pemotongan mungkin dapat dielakan untuk sementara waktu jika pihak pengurusan JMB Bayu Villa membuat bayaran.


Buat masa ini pihak Pro-Team telah berkomitmen akan menyediakan RM10,000.00 (upfront) sebagai langkah berjaga jaga jika pihak Syabas datang memotong bekalan air, wang sebanyak RM10,000.00 akan diberikan kepada pihak Syabas supaya pihak Syabas dapat memberi tempoh masa yang lebih lama kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa untuk mendapatkan "Sijil Perakuan" serta mempunyai akses ke atas akaun JMB Bayu Villa.

Pengerusi dan pengurusan JMB Bayu Villa akan cuba sedaya upaya menyediakan segala wang tunai (dalam sekitar RM2,000.00 ke RM4,000.00) yang ada bagi membuat bayaran kepada pihak Syabas. 


Oleh itu Pengerusi dan pihak pengurusan JMB Bayu Villa telah bersetuju akan memberi tawaran pembayaran pendahuluan (upfront) wang penyelenggaraan sebagai insentif kepada penduduk di Bayu Villa iaitu kepada mereka yang berupaya membayar wang penyelenggaran selama setahun akan diberikan diskaun sebanyak 10%.

Contoh: setiap bulan bayaran wang penyelenggaraan adalah RM100.00 X 12 bulan = RM1,200.00

Jika pembayaran sekali gus untuk 12 bulan maka diskaun 10 peratus akan diberikan. RM100 X 12 bulan = RM1,200.00 X 10% = RM120.00 (potongan diskaun)

Jumlah yang perlu di bayar cuma RM1,080.00 untuk setahun.

Tujuan tawaran ini adalah untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan membayar tunggakan kepada pihak Syabas dan Tenaga Nasional Berhad.



Pihak pengurusan berharap sungguh agar mereka yang berkemampuan keluar untuk menolong pihak pengurusan JMB Bayu Villa dalam masa yang terdekat ini bagi membantu melepasi segala halangan serta keadaan situasi yang amat kritikal ini.

Bagi mereka yang dapat membantu di harap dapat datang ke pejabat JMB untuk membuat segala bayaran tunggakan wang penyelenggaraan semasa mereka.


Di dalam perjumpaan ini juga ada membincangkan mengenai Mesyuarat Agung Luarbiasa yang akan diadakan pada 21hb September 2014 (Ahad - Jam 10.00pagi). Pendaftaran bermula jam 9.00pagi. 

Perbincangan kali ini juga amatlah memberangsangkan di mana ramai daripada mereka yang hadir berkongsi pendapat dan memberi cadangan bagaimana semua penduduk harus bekerjasama dalam mengatasi masalah yang di hadapi oleh Bayu Villa.  

Saturday, September 13, 2014

Perjumpaan Dan Perbincangan Bersama Penduduk Bayu Villa (11/09/2014 - Khamis)


Pada hari Khamis yang lepas. Pro-Team mengadakan satu perjumpaan yang dihadiri oleh Pengerusi, AJK serta penduduk di Bayu Villa. Perjumpaan dan perbincangan kali ini lebih memberi tumpuan kepada Mesyuarat Agung Luarbiasa yang akan diadakan pada 21hb September 2014.

Di dalam perbincangan tersebut Pengerusi juga ada menyentuh tentang segala masalah yang timbul di dalam Bayu Villa. Penjelasan juga diberikan kepada penduduk mengenai apakah yang telah berlaku pada Mesyuarat Agung Luarbiasa yang lepas dan kenapa boleh berlaku kejadian salah faham sewaktu pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan.


Boleh dikatakan perjumpaan kali ini amat memuaskan dan keseluruhan perbincangan ini membawa kesan yang lebih positif di mana ramai daripada mereka yang hadir mendapat informasi yang terkini berkenaan status di dalam Bayu Villa. 


Pro-Team akan mengadakan sekali lagi perjumpaan dengan penduduk pada hari Isnin yang akan datang bertempat di lokasi yang sama. Di harap semua pembaca yang membaca laman blog ini dapat datang untuk menghadiri perjumpaan ini.

Tarikh perjumpaan: 15/09/2014 (Isnin)

Jam: 8.30 malam - 9.30 malam

Minuman ringan ada disediakan.

Wednesday, September 10, 2014

Mesyuarat Pro-Team Bersama Penduduk Di Bayu Villa.

Pihak Pro-Team akan mengadakan mesyuarat bersama penduduk penduduk di Bayu Villa bagi membincangkan isu isu semasa dan status keadaan di dalam Bayu Villa.


Kami di Pro-Team berharap sungguh agar semua penduduk dapat hadir untuk duduk bersama serta membincangkan keadaan kedudukan di Bayu Villa.

Tempat perjumpaan:

Blok D, D-G-5, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.

Tarikh: 11-09-2014 (Khamis)

Masa: 8.30pm - 9.30pm

Minuman ringan ada disediakan.