Wednesday, August 12, 2015

Penampalan Jubin Kecil Siap 100 Peratus. Kolam Renang Siap 90 Peratus.


Penampalan jubin kecil telah siap sepenuhnya. Sekarang sedang menunggu perlantikan kontraktor baru untuk menjalankan kerja kerja memastikan kolam renang ini berfungsi sepenuhnya.



Jika dilihat dengan teliti, JMB Bayu Villa telah berusaha dengan sebaik yang mungkin memastikan jubin jubin yang tidak sama warnanya ditukar kepada warna yang hampir sama.




Sekarang keadaan kolam renang nampak seakan kolam renang yang berkualiti walaupun bukan yang terbaik. Bila memandang mata tidak akan merasa sakit apabila memandangnya.



Proses seterusnya ialah melantik kontraktor kolam renang yang bertauliah untuk menjalankan kerja kerja menguruskan penyelenggaraan kolam renang. Mesyuarat akan diadakan pada minggu ini bagi melantik kontraktor yang sepatutnya.


2 comments:

  1. Can the translation to ENGLISH be proper. Reason the ENGLISH TRANSLATION is RUBBISH to READ. TQ.

    ReplyDelete
  2. What is the exact name of these tiles?

    ReplyDelete