Wednesday, July 13, 2016

Berhubung Isu Migrasi Air Di Bayu Villa



Berhubung dengan isu migrasi yang baru baru ini dibentangkan, ramai yang masih mempertikaikan hak mereka masing masing. Melalui surat yang telah diberikan kepada 771 unit rumah dan kedai, penerangan keatasnya telah begitu jelas sekali. 

Disini kami akan terangkan sekali lagi dengan lebih teliti. Untuk memastikan proses migrasi ini berjalan dengan lancar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meletakkan beberapa syarat yang harus diikuti oleh semua penghuni.

1) Pembayaran Deposit kepada Syabas : RM134.50

2) Pembayaran pemasangan paip baru kepada kontraktor : RM240.00 harus dibayar oleh setiap unit. (Paparan sebut harga akan disiarkan pada Hari Jumaat)

3) Pengagihan tunggakan lama JMB Bayu Villa keatas Syabas akan diagih-agihkan kepada setiap individu rumah dan wang tunggakan ini akan dibuat pemotongan keatas wang penyelenggaraan masing masing iaitu sebanyak RM10.00 sebulan.

Contoh: A) Menggunakan cara kira-kira yang mudah untuk memahami.

i) Katakan keseluruhan tunggakan Bayu Villa kepada Syabas ialah RM92,520.00 / 771 unit = RM120.00 setiap rumah.

ii) RM120.00 akan dimasukkan kedalam akaun meter setiap unit rumah dan diberi kelonggaran pembayaran ansuran sebanyak 6 bulan oleh Syabas. RM120.00 / 6 bulan = RM20.00 sebulan (harus dibayar kepada Syabas setiap bulan sehingga 6 bulan) 

iii) Wang penyelenggaraan setiap unit ialah RM110.00 sebulan, ada yang RM165.00 sebulan. 

iv) Selepas proses migrasi anda hanya perlu membayar RM100.00 atau RM155.00 dan bukan RM110.00 atau RM165.00 kerana RM10.00 akan diberi tolakan (sebanyak 12 bulan) sebab anda telah membayar pembayaran ansuran pendahuluan kepada Syabas sebanyak RM120.00

Diatas adalah syarat yang harus diikuti untuk membolehkan proses migrasi berjalan dengan lancar dan telah dipersetujui melalui mesyuarat yang diadakan pada bulan Februari 2016. 



B) Tetapi jika proses migrasi berlarutan sehingga tahun depan bulan April 2017 dan siap dilaksanakan pada ketika itu (dengan syarat pihak pengurusan JMB Bayu Villa dapat membuat pembayaran ansuran setiap bulan sebanyak RM10,000.00 setiap bulan - maka proses (A) diatas tidak akan berlaku kerana : 

i) Tunggakan yang sedia ada kepada Syabas sehingga bulan April 2017 dapat ditolak melalui "Wang Cagaran" (RM76,000.00) yang terdapat di dalam akaun Syabas. 

ii) Semasa anda membeli unit pengsapuri di Bayu Villa, anda ada membuat pembayaran "Wang Cagaran" kepada pihak pemaju. Pihak pemaju telah mengambil wang cagaran anda sebagai cagaran keatas penggunaan air.

iii) "Wang Cagaran" ini akan dipulangkan kepada setiap unit dengan syarat unit mereka tidak mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan.

iv) "Wang Cagaran" ini akan dipulangkan kepada setiap unit melalui proses pemotongan sebanyak RM10.00 setiap bulan sehingga jumlah ini selesai dibayar.

Bagi mereka yang masih mempunyai sebarang sangsi terhadap proses migrasi, sila hubungi Encik Krishnamoorti (012-2963076) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai hak masing masing. Beliau adalah seorang pegawai Ketua Seksyen Migrasi, Bahagian Pembangunan Teknikal.

Gambar dibawah ialah Encik Krishnamoorti yang telah datang memberi taklimat pada 28.02.2016 di dewan Bayu Villa.



http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2016/02/mesyuarat-pertama-imigrasi-air-berjalan.html

Ketua Seksyen Migrasi, Bahagian Pembangunan Teknikal 
Tel: 012-2963076/03-20885260
Email: krishnamoorti@syabas.com.my 


Dibawah adalah surat pemberitahuan yang telah diedarkan pada 15.01.2016 kepada semua penghuni di dalam Bayu Villa.

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2016/01/taklimat-imigrasi-meter-bekalan-air.html

No comments:

Post a Comment