Thursday, August 21, 2014

Penyerahan Resit Atau "Surat Akuan Sumpah"



Petikan daripada 9hb Ogos 2014 - Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pengurusan (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/08/pengesahan-ahli-jawatankuasa-pengurusan.html)
 
"Pada 7hb Ogos 2014, pengerusi JMB dan AJKnya telah berjumpa dengan Puan Norhafizah dan menyerahkan resit bayaran caj penyelenggaraan kepada pihak COB Klang untuk mendapatkan pengesahan tetapi yang menghairankan ialah cuma tiga (3) anggota ahli JawatanKuasa (JMC) yang menghantar resit tersebut dan dua (2) lagi anggota ahli Jawatankuasa tidak beupaya mengemukakan resit bayaran caj penyelenggaran apabila di minta."

Sehubungan dengan perkembangan ini, pada hari Selasa yang lepas iaitu 12.08.2014 pihak Pro-Team ada berjumpa dengan pihak COB Klang (Encik Ari Adam) mengenai perkara di atas.
 
Pihak COB Klang memberitahu bahawa setiap perlantikan ahli Jawatankuasa yang baru di pilih haruslah mengemukan resit atau salinan yang asal bagi membolehkan "Perakuan Sijil" dapat diberikan. Oleh kerana terdapat diantara mereka yang tidak dapat mengemukakan resit tersebut (kemungkinan hilang dan tidak dapat di cari).

 

Pihak COB Klang mencadangkan agar tidak berlaku sebarang salah faham, individu yang tidak berupaya mengemukan resit bayaran tetapi sudah membuat bayaran tunggakan wang penyelenggaran tersebut haruslah berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah agar membuat "Surat Akuan Sumpah" bahawa mereka telah menjelaskan segala bayaran tunggakan wang penyelenggaran.
 
Apa yang berlaku sekarang ialah mereka tidak membuat sebarang "Surat Akuan Sumpah" seperti yang disarankan di dalam surat JMB Bayu Villa kepada mereka. Oleh yang sedemikian pada 18hb Ogos 2014, Pengerusi JMB Bayu Villa menulis sepucuk surat kepada pihak COB Klang agar meminta nasihat dan tindakan selanjutnya. 

 
Daripada apa yang kita dapat lihat di sini, jelas sekali berlaku kecurigaan di dalam pihak Pengurusan JMB yang lama. Kenapa dalam penyata mengatakan mereka tidak berhutang tunggakan wang penyelenggaraan tetapi apabila di minta RESIT bayaran, mereka tidak berupaya mengemukan kepada pihak COB KLANG.
 
+SIASATAN+ selanjutnya akan dijalankan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Dipercayai terdapat beberapa individu memadamkan rekod hutang tunggakan wang penyelenggaraan masing masing menjadi kosong. 
 
 
Jika benar perkara ini berlaku "LAPURAN POLIS" akan dilakukan keatas beberapa individu yang dipercayai terlibat. Mereka yang terlibat dan berupaya memadamkan rekod rekod tersebut dipercayai mempunyai akses ke dalam pejabat pengurusan 


Wednesday, August 20, 2014

Tempat Letak Kereta Untuk Orang Awam Digunakan Untuk Mendapat Sewa? Kemana Wangnya Pergi?



Pihak Pengurusan yang lepas (JMB lama) telah menyalahgunakan kuasa apabila dengan sewenang wenangnya membuat dan melukis garisan petak merah meletak kereta berserta dengan palang besi (4 petak) sebagai tandanya bahawa tempat meletak kereta ini telah di sewa oleh beberapa pihak yang tertentu. Semenjak pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik, pihak jawatankuasa telah menganalisa serta meneliti tentang pakir ini dan apabila di minta mengenai rekod tentang pakir kereta ianya tiada rekod di dalam kewangan JMB Bayu Villa.

Kami difahamkan petak garisan merah meletakkan kereta ini telah di sewa untuk tujuan menambah tabung pendapatan JMB Bayu Villa tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang datang ke pejabat untuk membuat sebarang bayaran terhadap sewa ini. Siapakah mereka yang tidak bertanggung jawab?

Apakah yang telah dilakukan oleh pihak Pengurusan JMB yang lama? Bekas Setiausaha Encik Titus harus memberi jawapan berkenaan perkara ini kerana beliaulah yang bertanggung jawab dalam segala urusan mengenai apa jua urusan yang melibatkan Apartment Bayu Villa.

Sunday, August 17, 2014

Bekalan Air Akan Di Potong Pada Minggu Hadapan.

Mengikut sumber maklumat yang didapati, pihak SYABAS telah menalifon pihak Pengurusan Bayu Villa pada minggu lepas berkenaan dengan bayaran bekalan air yang tertunggak di Apartment Bayu Villa. Jika pembayaran tidak dapat dilakukan pihak Syabas akan memotong bekalan air.

Sumber yang mendapat maklumat tersebut memberitahu pemotongan akan dilakukan di antara 18.08.2014 - 22.08.2014.

Dalam pada itu, Pro-Team ada berjumpa dan berbincang dengan Encik Ari Adam pada hari Selasa (12.08.2014) yang lepas memohon agar pihak COB Klang membantu untuk sementara waktu memohon pihak Syabas mahupun pihak TNB mengelak pemotongan bekalan air dan elektrik sehingga "Sijil Perakuan" dikeluarkan. 

Punca utama berlakunya kes sedemikian adalah kerana penyelewengan yang berlaku semasa Pengurusan JMB yang lama mengambil alih dan tidak menyelesaikan sejumlah tunggakan tersebut.

Saturday, August 16, 2014

Punca Sebenar Kenapa Sijil Perakuan JMB Bayu Villa Oleh COB Klang Tidak Dapat Diberikan.

Punca sebenar kenapa "Sijil Perakuan JMB Bayu Villa" yang seharusnya dikeluarkan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan kepada Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa yang baru di lantik dan di pilih pada 6hb Julai 2014 tidak dapat diberikan setelah tamat tempoh 30 hari iaitu 5hb Ogos 2014. 

Ini adalah kerana terdapat sepucuk surat "Bantahan" atau "Aduan" yang telah di buat oleh "Pro-Team EGM Bayu Villa Apartment" yang telah disediakan dan di periksa dengan teliti sekali akan kesahihannya sebelum diberikan dan diserahkan kepada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Klang pada 10hb Julai 2014.

Bantahan ini dikemukakan setelah segala tindak tanduk serta cara pemilihan ini dijalankan dan terdapat elemen yang mencurigakan serta keputusan pemilihan yang dicemari oleh undi hantu yang tidak sah yang sepatutnya tidak berlaku.

Kesangsian terhadap setengah pihak pemilik berupaya menjelaskan sejumlah besar tunggakan wang penyelenggaraan yang berjumlah beribu ringgit dalam masa terdekat (5 bulan) semata mata untuk mendapatkan peluang mengundi pada hari pengundian tersebut.

Oleh yang sedemikian bagi memastikan bahawa pemilihan yang dijalankan pada 6hb Julai 2014 adalah mengikut undang undang yang sah semasa pemilihan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang lepas, maka pihak COB Klang telah menjalankan siasatan terperinci terhadap "Bantahan" dan "Aduan" yang dikemukan.







Nama dan Alamat unit setiap individu yang dikemukan di dalam surat ini serta bukti gambar yang di ambil pada hari pengundian tidak dapat ditunjukkan kerana pihak COB Klang masih lagi menjalankan siasatan mengenai  "Bantahan" dan "Aduan" surat ini.

Lif Di Bayu Villa Di Sabotaj Oleh Seseorang Yang Tidak Bertanggung Jawab.

Lif yang diperbaiki tempoh hari yang lepas (di Blok E) oleh seorang teknikal yang bertauliah mendapati bahawa kerosakan lif di Bayu Villa adalah disebabkan oleh sabotaj dan bukanlah disebabkan oleh kerosakan teknikal. Kejadian ini dilakukan oleh seseorang yang mempunyai akses terhadap panel elektrik lif.

Didapati lif tersebut sengaja dirosakkan bagi tujuan supaya penduduk di Bayu Villa boleh mengadu dan mencari masalah dengan Pengurusan Badan Bersama (JMC) yang baru di lantik dan menuduh keburukan pengurusan yang sedia ada sekarang. 

Kejadian ini dilapurkan kepada pihak Pengurusan oleh seorang teknikal yang datang memperbaiki lif yang rosak.