Wednesday, August 20, 2014

Tempat Letak Kereta Untuk Orang Awam Digunakan Untuk Mendapat Sewa? Kemana Wangnya Pergi?



Pihak Pengurusan yang lepas (JMB lama) telah menyalahgunakan kuasa apabila dengan sewenang wenangnya membuat dan melukis garisan petak merah meletak kereta berserta dengan palang besi (4 petak) sebagai tandanya bahawa tempat meletak kereta ini telah di sewa oleh beberapa pihak yang tertentu. Semenjak pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik, pihak jawatankuasa telah menganalisa serta meneliti tentang pakir ini dan apabila di minta mengenai rekod tentang pakir kereta ianya tiada rekod di dalam kewangan JMB Bayu Villa.

Kami difahamkan petak garisan merah meletakkan kereta ini telah di sewa untuk tujuan menambah tabung pendapatan JMB Bayu Villa tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang datang ke pejabat untuk membuat sebarang bayaran terhadap sewa ini. Siapakah mereka yang tidak bertanggung jawab?

Apakah yang telah dilakukan oleh pihak Pengurusan JMB yang lama? Bekas Setiausaha Encik Titus harus memberi jawapan berkenaan perkara ini kerana beliaulah yang bertanggung jawab dalam segala urusan mengenai apa jua urusan yang melibatkan Apartment Bayu Villa.

2 comments:

  1. cara yg pintar, tanya saja orang yang sewa petak itu..bayaran kpd siapa, tunjuk lah resit dan siapa yg mengesah resit itu.

    ReplyDelete
  2. Ya tak ya juga tapi masalahnya tiada siapa yang datang untuk membuat bayaran. Kena tunggu dan lihat serta siasat .....

    ReplyDelete