Tempoh beberapa hari yang lalu tuan punya rumah C-1-28 membuat panggilan talipon kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Bayu Villa Encik Salim berkenaan janji hendak memperbaiki saluran paip yang rosak semasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama menguruskan Bayu Villa.
Beliau terperanjat apabila mendapati kerja pembaikian ini yang dijanjikan pada bulan Januari 2014 tidak pernah disiapkan kerja pembaikiannya sehingga hari ini. Apabila ditanya kenapa ianya disiapkan pada ketika itu? Tuan punya rumah mengatakan pada ketika itu rumah itu disewakan kepada orang lain dan apabila sudah berpindah beliau mendapati dinding tandas yang dipecah tidak diperbaiki lansung.
Proses memecahkan dinding tandas dilakukan kerana unit rumah di bawah unit C-1-28 telah mengalami pemendapan yang teruk aklibat paip yang pecah.
Ini telah menyebabkan huru hara pada ketika itu apabila penghuni dibawah membuat lapuran kejadian ini kepada pihak akhbar. Kes ini sebenarnya telah berlaku begitu lama sekali semenjak aduan mengenai kes paip pecah kepada pengurusan Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd.
Pada ketika itu JMB Bayu Villa yang lama telah mengambil alih dan setelah ditekan oleh penghuni dibawah, JMB Bayu Villa yang lama pada ketika itu mengambil keputusan membaikinya dengan meminta kerjasama penghuni C-1-28 supaya membenarkan mereka memecahkan dinding paipnya di bahagian tandas bagi membaiki masalah tersebut.
Atas dasar keprihatian, tuan punya rumah C-1-28 membenarkan pihak pengurusan menjalankan kerja pembaikian yang diketuai oleh Encik Jeffrey.
Kerja pembaikian bermula dengan janji bahawa pihak pengurusan akan menanggung segala perbelanjaan memperbaiki dan menukar segala jubin jubin yang pecah dengan jubin yang baru. Kerja mengecat semula juga dijanjikan.
Yang menghairankan kerja pembaikian yang telah siap tidak dipulihkan seperti sedia kala dan kerja mengecat semula yang sepatutnya dilakukan terhenti sementara waktu dan tidak pernah dilakukan.
Dalam keadaan yang tidak puas hati apabila tuan rumah terperanjat mendapati kerja pembaikiannya dibiarkan sehingga hari ini. Beliau telah menalipon Encik Salim bertanyakan status rumahnya baru baru ini.
Perkara ini telah dibawa berbincang dengan Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee berkenaan apa yang berlaku pada ketika itu dan kenapa kerja pembaikian tidak dijalankan.
Pada waktu yang sama Encik Lee telah menghantar seorang kontraktor untuk melihat dan membuat penilaian akan kerja membaik pulih keadaan dalaman tandas yang ditinggalkan oleh pengurusan lama.
Setelah dibuat penilaian, kerja mengecat, menampal jubin baru dan menutup lubang paip, anggaran kos perbelanjaan proses pembaikian mungkin mencecah RM 1,200.00.
Terperanjat juga apabila JMB Bayu Villa mendengar akan harga pembaikian ini yang begitu tinggi. Proses menilai semula akan dijalankan sekali lagi bagi memastikan kos kos kerja pembaikian kena pada tempatnya.
Semua masalah paip dalam rumah di bayar oleh JMB? Bagaimana unit lain yang mengalami masalah sama ?
ReplyDelete