Proses pemotongan bekalan air di Blok B telah dilaksanakan semalan. Sebanyak 63 unit rumah yang terlibat di dalam proses pemotongan tersebut. Jumlah tersebut memang tinggi berbanding dengan 42 unit rumah yang dipotong di Blok A.
Mengikut jumlah keseluruhan tunggakan wang penyelenggaraan sehingga 07.02.2015, jumlah tunggakan wang penyelenggaran penghuni kepada JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM797,845.65
Jumlah kutipan yang didapati daripada 01.02.2015 sehingga 06.02.2015 adalah berjumlah RM41,113.91 di mana semalam JMB Bayu Villa berjaya membuat kutipan sebanyak RM14,339.80 dalam sehari hasil daripada proses pemotongan bekalan air yang dijalankan sehari selepas pemotongan bekalan air.
Wang yang dikumpul ini akan digunakan untuk membuat bayaran bil semasa Syabas (tarikh terakhir bayaran 12.02.2015) yang seterusnya yang berjumlah dalam anggaran RM25,000.00
Proses mendapatkan jumlah tunggakan wang penyelenggaraan yang sedia ada akan dilaksanakan sehingga minggu depan di mana Blok C dan Blok D merupakan blok yang terbaru yang akan dikenakan tindakan pemotongan bekalan air.
Do management ppl ever check their email bayuvilla.2014@gmail.com for payment made via interbank transfer? Don't tell us that email is just for show?
ReplyDeleteWhy make it so difficult for resident to purposely go to management office just to show that damn bank transfer screen so your management ppl can clear off the pending payment?