Tuesday, February 10, 2015

Bil Semasa Syabas Sebanyak RM24,935.20 Dijelaskan. Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 10.02.2015 Ialah RM766,590.37


Hasil usaha gigih pihak pengurusan JMB Bayu Villa, bil semasa Syabas yang berjumlah RM24,935.20 telah dijelaskan sepenuhnya. 

Pembayaran bil semasa kali ini dapat dijelaskan sebelum tarikh akhir pada 12.02.2015 atas usaha pemotongan bekalan air yang sedang dijalankan di Blok A dan Blok B.

Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 01.02.2015



Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 10.02.2015

Pada awal tarikh 01.02.2015, tunggakan wang penyelenggaraan penghuni ke atas JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM840,009.19 dan pada hari ini 10.02.2015 selepas 10 hari, tunggakan wang penyelenggaraan telah turun kepada RM766,590.37

Jumlah sebanyak lebih kurang RM72,000.00 dapat dikutip untuk membuat segala bayaran semasa yang tertunggak. 

Pada minggu ini juga proses pemotongan bekalan air akan tetap dijalankan di Blok C dan Blok D. 

No comments:

Post a Comment