Monday, February 9, 2015

Pembuangan Air Besar Yang Tidak Menggunakan Otak.



Kebelakangan ini ada seorang penghuni yang langsung tidak memikirkan kepentingan penduduk di Bayu Villa. Beliau terus membuang air besar di laluan jalan kaki di depan lif Blok A.



Keadaan ini amat menyusahkan orang ramai dengan mentaliti yang begitu rendah menyebabkan kerja membersih juga amat menjijikan. 



Keadaan ini berlaku di tingkat 2 Blok A. Selepas tempat tersebut dibersihkan ianya berlaku sekali lagi. Pembuangan air besar kali ini berlaku lagi ditempat yang sama pada hari Sabtu (07.02.2015) yang lepas.



Insiden ini nampaknya sengaja dilakukan bagi menyusahkan penghuni di Blok A, tingkat 2.  



Kerja pembersihan ini terpaksa dilakukan pada hari Ahad petang memandangkan tiada penghuni yang rela membantu membersihankannya. Ianya telah dibiarkan semalaman tanpa dibersihkan. 


Insiden sebegini seharusnya mendapat kerjasama daripada penghuni serta dibersihkan oleh penghuni yang prihatin tetapi tiada sesiapa yang ingin mengambil berat tentang najis tersebut. 



Nampaknya JMB Bayu Villa terpaksa turun padang pada hari Ahad bagi mengatasi keadaan situasi yang menjijikan. Dengan bantuan beberapa orang pekerja, kerja pembersihan dijalankan dengan pencucian menggunakan sabun yang dibekalkan oleh seorang penghuni.




Bukan setakat ini sahaja, ada juga penghuni yang sengaja membuang air besar ditempat pembuangan sampah. Hairan sungguh kenapa masih terdapat segelintir penghuni yang sengaja membuang air besar merata rata.







2 comments:

  1. 2 tahun yang lepas juga ada BINATANG yang BERTOPENG MANUSIA berak di Blok-C di bawah kedua-dua tangga tepi dan tangga tengah..

    ReplyDelete
  2. About time to consider CCTV to catch the fools and those who sabotaj lift and other equipment s

    ReplyDelete