Monday, February 16, 2015

Kerja Pembaikian Siap Dijalankan. Penghuni Gembira Dengan Tindakan Cepat JMB Bayu Villa Mengatasi Masalah Mereka.



Sila rujuk kepada link yang dahulu mengenai kerja pembaikian yang ditinggalkan oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang lama.



Setelah dinilai kerja pembaikian ke atas unit rumah nombor C-1-28, kos perbelanjaan membaiki kerosakan berjumlah RM600.00.


Kerja pemulihan ini terpaksa dilakukan bagi mengotakan janji yang telah dijanjikan oleh pengurusan lama. Komitmen Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru adalah untuk mengatasi segala masalah yang tidak sepatutnya ditanggung oleh penghuni dengan syarat segala kerosakan yang mungkin timbul akan dinilai adakah ianya tanggungjawab penghuni ataupun pihak pengurusan.


Jika ianya adalah tanggungjawab JMB Bayu Villa, pihak pengurusan akan memperbaikinya dengan syarat penghuni tersebut tidak mempunyai sebarang tunggakan wang penyelenggaraan.



No comments:

Post a Comment