Pam Blok A yang dipercayai rosak pada tengah malam 02.10.2014 pukul 1.00 pagi telah berjaya dipulihkan pada 03.10.2014 jam 6.00 petang.
Kerosakan pam dipercayai akibat kerosakan mekanikal dan ianya amat menyusahkan penduduk serta penghuni yang tinggal di Blok A. Kerosakan ini juga mengakibatkan penduduk serta penghuni tidak mempunyai air untuk sepanjang malam dan terpaksa mengharungi selama sehari pada keesokan harinya.
Mujurlah pembaikian pam ini cuma mengambil masa selama sehari. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memohon maaf atas kesulitan yang di hadapi oleh penduduk dan penghuni di Blok A.
Dipercayai kos pembaikian pam di Blok A menelan belanja sekitar anggaran RM1,000.00. Pengerusi dan Bendahari yang berada di tempat bilik pam itu juga di beritahu oleh kontraktor bahawa ke semua bilik pam air yang mempunyai pelampung (penahan air) telah rosak sepenuhnya.
Pengantian pelampung di bilik pam air untuk keseluruhan blok akan menelan belanja sekitar RM10,000.00 ke RM12,000.00 untuk penukaran sepenuhnya.
Tujuan dan fungsi pelampung adalah untuk menahan air yang di isi penuh ke dalam takungan air daripada melimpah keluar. Penukaran ini amatlah perlu bagi membendung pembaziran air yang boleh mengakibatkan pembayaran bil air yang berlebihan.
Taklimat juga diberikan bahawa kadang kadang bilik pam air dipenuhi banjir akibat perlimpahan air yang tak terkawal yang boleh menyebabkan pembakaran mesin pam air.
Memandangkan keadaan kewangan JMB Bayu Villa yang masih dalam keadaan tenat, pengantian pelampung di setiap blok terpaksa ditundakan ke masa hadapan.
org, repair, gambar -bukti kukuh - tunjuk bil bayor kmudian
ReplyDeleteBV nak nie , Xmau bsing bkn seblum hal diselesai Xmau ckp kuat mulut - Xmau roti wangi Xmau pisau samurai Xmau geng2 anti nie anti tu
Penat seksa pengduduk BV