Hari ini motor pam air di Blok C telah berfungsi menggunakan motor pam air sementara sehingga menunggu motor pam air yang baru untuk tiba. Tindakan menggunakan motor pam air sementara adalah semata mata untuk tidak menyusahkan penghuni yang tinggal di Blok C dan sempena menyambut kedatangan Perayaan Deepavali.
Motor pam air yang sedia ada telah rosak sama sekali dan ianya tidak dapat diperbaiki lagi. Perbelanjaan untuk motor pam air yang baru memerlukan perbelanjaan dalam sekitar RM 2,500.00.
Di sini kita dapat lihat bahawa kos penyelenggaraan untuk membeli motor pam air secara tiba tiba adalah sesuatu di luar jangkaan pihak pengurusan. Tiba tiba saja motor pam air itu rosak dan ianya amat menyusahkan orang ramai. Kerosakannya juga jatuh pada hari Ahad di mana kontraktor pembaikian tidak bekerja.
Adakah pembelian motor pam air yang baru ini masih menghantui pembayaran tunggakan "Wang Penyelenggaraan" anda? Kenapa program pemotongan air yang akan dilaksanakan tiada kena mengena dengan pembaikian atau pembelian motor pam air?
Masih ingat lagi tak, pam air yang rosak di Blok A? Perbelanjaan untuk memperbaiki motor pam air di Blok A menelan belanja RM 1,530.00. Bulan lepas iaitu pada awal bulan September, perbelanjaan membeli motor pam air yang baru menelan belanja RM 2,350.00.
Hari ini motor pam air di Blok C mengalami nasib yang sama, memerlukan penukaran motor pam air yang baru. Untuk menjaga hati semua penghuni di Blok C, JMB Bayu Villa terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk menyewa motor pam air untuk penggunaan sementara waktu sehingga menunggu motor pam air yang baru.
Untuk makluman anda semua selepas pemotongan bekalan air dijalankan, proses penyambungan semula bekalan air ke dalam rumah anda akan dikenakan bayaran
RM 50.00
Kami Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memberi nasihat kepada anda semua supaya mengaturkan rancangan semasa anda menyelesaikan tunggakan masing masing supaya proses pemotongan bekalan air yang akan dijalankan pada pertengahan bulan November tidak menyusahkan anda.
Bah kata pepatah :
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna
No comments:
Post a Comment