Friday, October 17, 2014

Proses Pembayaran Bil Semasa TNB Bermula - RM 5,977.55



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah memulakan proses membuat pembayaran kepada Tenaga Nasional Berhad. Bayaran kali ini merangkumi bil semasa untuk Blok A - RM 3,848.50, Blok B - RM 602.95, dan Blok C - RM 1,526.05


Untuk tunggakan pembayaran Blok D dan Blok E akan dilaksanakan secepat yang mungkin mengikut sejauh manakah tunggakan wang penyelenggaraan dapat diterima oleh pihak pengurusan.


Sehingga kini JMB Bayu Villa telah membuat pembayaran sebanyak RM 5,977.55 bagi mengorak langkah yang pertama dalam mengatasi kemelut yang dihadapi oleh Bayu Villa.

Kami di JMB Bayu Villa berkomitmen untuk menyempurnakan misi dan matlamat kami menjadikan Bayu Villa bebas daripada sebarang bebanan HUTANG (Free of Debts). 

Walaupun ianya adalah misi dan tanggungjawab yang amat mustahil untuk dilaksanakan tetapi kami tidak akan lupa juga tanggungjawab kami sebagai badan pengurusan. Menyelia dan menguruskan segala kemudahan dan kebajikan di dalam Bayu Villa adalah tanggungjawab yang harus dipikul bersama dengan Persatuan Penduduk Bayu Villa, penghuni serta penduduk. 

Bah kata pepatah:


2 comments: