Semalam sebuah lagi rumah di pecah masuk pencuri. Dipercayai rumah tersebut didiami oleh seorang doktor. Lapuran kehilangan wang tunai sebanyak RM 2,000.00, barangan kemas dan sebiji telefon bimbit Samsung S4.
Pihak pengurusan JMB telah melawat unit tersebut dan mendapati mangga pada pintu besi tidak pecah tetapi pintu kayu depan telah di cungkil. Punca bagaimana pencuri dapat masuk ke dalam rumah tidak diketahui.
Nasihat kami kepada mereka yang membaca blog ini. Kukuhkan mangga kunci anda terutama pintu besi dan pintu kayu kerana kita dapat lihat bahawa pencuri tersebut memilih rumah yang tidak mempunyai mangga kunci yang kuat.
Gambar menunjukkan cuma terdapat sebiji kunci sahaja yang digunakan untuk mengunci pintu depan.
No comments:
Post a Comment