Friday, October 17, 2014

Pecah Rumah B-3-22.


Pada hari Khamis yang lepas sebuah rumah di Blok B (B-3-22) telah dipecah masuk pada waktu pagi. Terdapat 2 orang penyamun yang datang merompak pada ketika itu.



Dipercayai perompak itu adalah orang Sabah. Mereka mengambil masa selama sejam mengeledah rumah tersebut. Seorang mengawasi dua penghuni dan seorang lagi mengeledah bilik tersebut.


Selepas habis merompak, pencuri itu menguncikan pintu besi depan menggunakan mangga yang dibawa oleh mereka sehinggakan mereka terpaksa meminta tolong kerana tidak dapat keluar.



Seorang penghuni memanggil polis meminta bantuan. Pihak polis datang memotong mangga tersebut dan membuat pemeriksaan.


Barang barang kemas dipercayai hilang bersamaan wang tunai dan beberapa biji telefon bimbit.


Semasa kejadian pintu besi depan rumah tidak dikunci dengan betul tetapi pintu kayu telah dikunci pada ketika itu.


Seorang warga tua yang berumur 81 tahun tinggal berseorangan di dalam rumah.


Jika dikaji serta dilihat akan kunci yang terdapat di pintu kayu tersebut, ianya sememangnya tidak kuat untuk mengekang kejadian rompakan tersebut. 


Mangga kunci yang digunakan oleh perompak untuk mengunci pintu besi sebelum melarikan diri dengan hasil rompakan mereka.


Pintu itu rosak setelah dirosakkan oleh perompak tersebut. Dipercayai perompak itu akan kembali lagi melakuan kerja kerja merompak.
SILA AMBIL PERHATIAN.

13 comments:

  1. NEW JMB, Pls do something...

    ReplyDelete
  2. Saya dah banyak kali suruh JMB tubuhkan rukuntetangga.. tapi JMB degil tak mahu jaga keselamatan penduduk BV.. Dalam otak mereka hanya memikirkan DUIT sahaja.. Nyawa penduduk di BV tak penting lagi dah..

    Kenapa perompak tak nak masuk rumah si President JMB.. kalau rumah dia dah kena rompak baru JMB nak buat sesuatu.. Bendahari JMB sendiri yang mengatakan DUIT lebih penting dari segala-galanya... Mereka sekarang hanya tumpukan perhatian 1000000 % bagaimana nak selesaikan hutang BV.. Yang lain JMB dah tak nampak lagi...

    ITULAH JMB YANG KAMU BANGGA2KAN SELAMA INI.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah anda yang menyuruh JMB baru tubuhkan rukuntetangga , boleh Beritau Nama? Nanti kita sama sama pergi ke JMB.

      Delete
    2. Iaya. siapakah anda? saya jugak ingin pegi jumpa JMB bersama anda. bagus cadangan tu tapi nak jumpa, beritau nama unit sekali. boleh check ada hutang kah. malulah nak jumpa JMB kalau ada hutang.

      Delete
    3. Kalau anda malu berdepan dgn JMB kerana mu tidak selesai hutang, bagaimanakah kita nak berjumpa ????

      Delete
    4. Haiz,,,,, anda berdua diatas, x Kerja lain ke...asyik nak kutuk JMB, saya sebagai penduduk biasa pun boleh fikir yang baik...binatang mati tinggalkan Belang, manusia mati tinggalkan nama. Takutlah pada Tuhan yang Maha Esa...buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali

      Delete
    5. Kalau duit tak penting, bagaimanakah nak bayar hutang, lu ingat semua FREE ke? tolong kamu pegi kedai beli barang tanpa duit..penjual ada kasi FREE ke ????

      Delete
    6. betul, kepada sesiapa yang belum bayar hutang, pergila bayar cepat-cepat sebelum air dan elektrik kena potong

      Delete
  3. Kepada saudara/saudari yang dihormati,

    Rukuntetangga adalah tanggungjawab semua penghuni dan penduduk di Bayu Villa. Anda juga merupakan salah seorang yang harus bertanggungjawab akan keselamatan di Bayu Villa. JMB baru sahaja mengambil alih urusan pengurusan, tak sampai sebulan lagi. Banyak perkara harus diteliti sebelum keputusan dapat dilakukan.

    Belum sampai sebulan, JMB dipaksa berbuat begitu dan begini. Adakah saudara sudah menjelaskan tunggakan anda? Dimanakah peranan yang dimainkan oleh saudara/saudari? Bukan JMB tidak mahu mengambil pengawal keselamatan tetapi kewangan yang tidak mencukupi memaksa JMB tidak dapat bertindak untuk jangka masa pendek ibarat jikalau anda seorang suami yang harus memberikan nafkah pencarian anda kepada isteri anda setiap bulan. Tiap bulan isteri anda akan melayani anda dengan baik. Keluarga bahagia.

    Jika pada suatu hari anda tidak berupaya menyara ataupun memberi sebahagian wang pendapatan anda, adakah isteri anda akan berdiam diri dan terus menyayangi anda? Walaupun isteri anda tidur disebelah anda setiap malam dan mendampingi anda setiap masa. Tanpa wang kadang kadang isteri yang tersayang pun boleh bergaduh kuat dengan si suami. Kalau ada pendapatan segala masalah dapat diselesaikan.

    SUDAHKAH SAUDARA/SAUDARI MENJALANKAN KEWAJIPAN ANDA?

    JMB tidak mempunyai sebarang kedudukan atau kuasa menubuhkan Rukuntetangga. Rukuntetangga adalah tanggungjawab penduduk atau melalui pertolongan dan bantuan daripada Persatuan Penduduk Bayu Villa.

    Jangan menghina JMB. Sekurang kurangnya JMB ada membuat pembayaran air. JMB dapat membayar RM45,000 untuk semua penghuni dapat menggunakan air. Anda juga salah seorang yang sedang menikmati penggunaan air.

    Hutang yang hampir sejuta ringgit bukan kerja JMB yang baru tetapi adalah hutang yang dibawa oleh pengurusan lama. Hari ini adalah hari Jummat. Berinsaflah jika tudahan itu tidak benar.

    Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya

    ReplyDelete
  4. Support JMB.
    Take note all the residents make sure payment of maintenance fee. Remember the case of previous waters cuts by sysbas.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong, terangan diatas. orang kuat mengadu tidak menjelaskan hutang tunggakkan , fikirlah penghuni, jgn ingat anda saje ada mulut nak Cakap ...ANDA ADAKAH BAYAR HUTANG maintenance untuk membayar tunggakkan BV...manusia kejam yang tidak berperut hati...jgn malukan diri anda..bertaubatlah..

    ReplyDelete
  6. Persatuan penduduk bayu villa, jom kita dirikan RUKUNTETANGGA sekarang, PRAKASH tolong beritahu masa perjumpaan....kita nak jaga keselamatan bayu villa. Cepat...Cepat ..Prakash....tolong jawab dengan segera. Teri a kasih.

    ReplyDelete
  7. aduhaii...maaf ya, dulu jmb lama beruk tam setiausaha kommander ha nie persatuan same aje, setiausaha nama gak

    bua keja bua keja kena nama besor besor kat nie plak......

    ReplyDelete