Keupayaan JMB Bayu Villa mengutip sebahagian tunggakan melalui proses pemotongan bekalan air telah banyak membantu proses membayar balik sebahagian tunggakan kepada Tenaga Nasional Berhad, Syabas serta Pejabat Tanah dan Galian.
Walau bagaimana pun masih terdapat ramai penghuni yang mempunyai tunggakan yang beribu ringgit dan tidak pernah memikir bagaimana hendak membantu JMB Bayu Villa melepasi halangan demi halangan yang datang tidak berhenti henti.
Proses pembayaran tunggakan ini sebenarnya dapat membantu penghuni penghuni melepasi perbagai halangan jika mereka mempunyai inisiatif serta bertimbang rasa akan keperitan yang dihadapi oleh pihak pengurusan.
No comments:
Post a Comment