Friday, January 16, 2015

C-G-10 Mencuri Bekalan Elektrik. Surat Ansuran Yang Ditandatangani Akan Terbatal Secara Amnya.


Rumah bernombor C-G-10 didapati telah mencuri bekalan elektrik setiap hari. Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membuat pemotongan bekalan elektrik ke rumah tersebut.


Setelah dibuat pemotongan pada hari Rabu malam, beliau dengan beraninya membuat penyambungan semula pada hari Khamis sehingga menyebabkan keseluruhan kawasan laluan jalan kaki dari tingkat bawah sehingga ke tingkat 3 mengalami gangguan elektrik. 




Dipercayai curian ini dilakukan kerana TNB telah membuat pemotongan bekalan elektrik ke atas rumah tersebut kerana tidak membayar bil elektrik. 


Tunggakan wang penyelenggaraan yang dihutang oleh C-G-10 sehingga 15.01.2015 ialah RM 2,535.55. Oleh kerana beliau telah mencuri bekalan elektrik, surat ansuran yang ditandatangani untuk pembayaran ansuran akan terbatal secara amnya.




1 comment: