Friday, January 16, 2015

Waktu Pagi Potong Bekalan Air. Petang Curi Bekalan Air. E-4-09.


Inilah keadaan sikap setengah tengah penghuni di Bayu Villa. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa semalam menjalankan proses pemotongan bekalan air di Blok E. 

Pemotongan air ini adalah berdasarkan kepada jumlah tunggakan yang melebihi RM800.00 ke atas.

Pemotongan bekalan air di Blok E dijalankan pada waktu pagi. Apabila waktu petang, didapati rumah bernombor E-4-09 terus membuat penyambungan bekalan air kerana meter airnya telah ditanggalkan. 

Kesalahan mencuri bekalan air boleh menyebabkan tuan punya rumah dikenakan bayaran pada kadar RM 300.00 (maksima) sebulan.


Pemotongan bekalan air ini terpaksa dijalankan bagi memastikan keadaan kewangan pengurusan dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan kesemua urusan menaikan semula Bayu Villa dapat berjalan dengan lancar.   

 

No comments:

Post a Comment