Saturday, February 21, 2015

COB Klang Tidak Cukup Cekap Apabila Menguruskan Masalah Pengurusan Bangunan.

Surat Pengesahan JMB Bayu Villa Yang Lama

Seperti yang sedia maklum, JMB Bayu Villa menghadapi masalah penggunaan akaun bank kerana terdapat kekeliruan di antara pihak Hong Leong Bank Berhad dengan pihak COB Klang.

Berminggu minggu JMB Bayu Villa mengejar kedua dua pihak untuk mempercepatkan proses kebenaran mengunakan akaun bank yang sedia ada tetapi kedua dua pihak mengatakan mereka telah melakukan serta telah mengeluarkan dokumen yang sepatutnya.


Pihak Hong Leong Bank Berhad memerlukan surat pengesahan maka pihak COB Klang pula mengatakan surat pengesahan yang dikeluarkan dahulu boleh diguna pakai. 

Oleh kerana tidak tahan dengan tindak tanduk kedua dua pihak, JMB Bayu Villa secara sendirinya mengejar kedua pihak setiap hari dan apabila dokumen pengesahan dapat dikeluarkan, pihak COB Klang melakukan kecuaian dengan mengeluarkan sepucuk surat pengesahan Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa yang lama.

Senarai Pengesahan JMB Bayu Villa Yang Baru

Bagaimana pihak COB Klang dapat mengendalikan keseluruhan pengsapuri di keseluruhan Klang? Sepucuk surat pengesahan yang dikejar setiap hari pun boleh disalahkan keluarkan dengan senarai nama pihak JMB Bayu Villa yang lama. 

Bagaimana dengan orang atasan mereka di COB Klang? Senarai nama ahli jawatankuasa tidak diperiksa dengan betul sebelum mengeluarkannya. Kerja pihak COB Klang tidak cukup cekap dalam menangangi isu ini yang telah ditarik dari bulan Oktober 2014 sehingga bulan Februari 2015.

Pada hari Isnin (16.02.2015) yang lepas surat pengesahan yang baru diterima dan telah diserahkan kepada pihak Hong Leong Bank Berhad untuk diproses dan diaktifkan penggunaan akaunnya.

No comments:

Post a Comment