Thursday, February 12, 2015

Pelan Ansuran Tenaga Nasional Berhad Untuk Tunggakan RM407,429.29 Telah Diluluskan Sebanyak 24 Kali.

Pelan ansuran untuk tunggakan ke atas Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM407,429.29 telah diluluskan. Pelan pembayaran tunggakan ini telah diluluskan sebanyak 24 bulan atau 24 kali mulai bulan Februari 2015 sehingga Januari 2017.


Setelah bertungkus lumus selama sebulan dua ini, akhirnya Bendahari JMB Bayu Villa telah berjaya membuat permohanan pelan pembayaran ansuran sebanyak 24 kali. Perjanjian ini telah diluluskan dengan syarat bahawa selepas surat akujanji ditandatangani, segala caj penalti harus dikecualikan mulai saat itu.

Ini merupakan berita yang paling mengembirakan kerana ianya merupakan satu satunya halangan yang paling susah hendak dilalui. Mengikut kiraan pelan pembayaran ansuran sebanyak 24 kali iaitu 24 bulan, setiap bulan JMB Bayu Villa terpaksa berkomitmen membuat bayaran sebanyak RM16,976.22 termasuk bil semasa yang berjumlah anggaran RM12,000.00 sebulan.


Ini bermakna setiap bulan JMB Bayu Villa terpaksa menyediakan anggaran  pembayaran RM29,000.00 sebulan. Walaupun perjanjian ini telah dipersetujui, JMB Bayu Villa masih tidak begitu yakin dan berkemungkinan besar berada dalam keadaan terumbang ambing kerana komitmen pembayaran tunggakan setiap bulan telah bertambah berkali ganda. 

Jika dibuat kajian akan aliran pelan kutipan tunggakan wang penyelenggaran setiap bulan, sememangnya ianya tidak akan bertahan lama. 

Walau bagaimana pun perjanjian surat akujanji ini semestinya dapat membantu JMB Bayu Villa membuat penjimatan terhadap caj penalti yang dikenakan oleh TNB setiap bulan iaitu anggaran sebanyak RM3,500.00  

No comments:

Post a Comment