Thursday, February 26, 2015

Pengalihan Kereta Lama Telah Siap Dilaksanakan.



Kerja pengalihan kereta lama di dalam Bayu Villa telah siap dilaksanakan. Sebanyak 3 buah kenderaan yang terlibat dalam proses pengalihan ini.



Salah sebuah kereta yang telah di letak begitu lama di dalam sebuah petak kepunyaan tuan punya rumah yang baru di beli atas lelongan awam oleh pihak mahkamah.

Beliau membuat aduan bahawa tempat pakirnya tidak dapat digunakan. JMB Bayu Villa bertindak secepat yang mungkin untuk mengatasi masalah ini.



Kos pengalihan kereta lama ini memerlukan kos perbelanjaan sebanyak RM210.00 (RM70.00 sebuah). Pihak pengurusan akan menguruskan kerja kerja pengalihan kereta di masa akan datang jika terdapat lagi kereta yang tidak sepatutnya berada di dalam kawasan dalaman Bayu Villa.

No comments:

Post a Comment