Saturday, February 7, 2015

JMB Bayu Villa Mengadakan Mesyuarat Yang Pertama Bersama Dengan Persatuan Penduduk Bayu Villa Serta Penghuni Bayu Villa


Pada hari Ahad (01.02.2015) yang lepas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa mengadakan mesyuarat yang pertama bersama dengan penghuni di Bayu Villa serta dengan Persatuan Penduduk Bayu Villa.


Perbincangan kali ini banyak membincangkan isu semasa mengenai kedudukan pengurusan JMB Bayu Villa dan bagaimana JMB Bayu Villa dapat membantu kedudukan kewangan Bayu Villa.


Semasa perbincangan terdapat segelintir penghuni yang tidak berpuas hati mengenai keadaan semasa Bayu Villa dan meninginkan lapuran kedudukan kewangan JMB Bayu Villa sehingga kini.

Ada di antara mereka bertanyakan lapuran kewangan seharusnya dipaparkan di papan notis bukannya sepatutnya dipaparkan di dalam laman web. 

Penerangan diberikan bahawa pemaparan lapuran kewangan di laman web merupakan cara yang terbaik untuk memberi maklumat yang lebih tepat dan ianya boleh sampai kepada semua yang ingin mendapatkan maklumat dan berita yang terkini.


Ramai daripada mereka yang hadir juga bertanyakan pelbagai soalan seperti :

1) Isu menaikan semula kolam renang.
2) Penggunaan pelekat kereta dan boom gate.
3) Kawasan letak kereta pengunjung (visitor parking) yang mempunyai petak berwarna merah serta palang besi. 
4) Kawasan permainan bola sepak di kawasan larangan.
5) Isu pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.


6) Isu pencurian bekalan air dan elektrik oleh penghuni.
7) Isu kebersihan tempat tinggal yang didiami oleh orang asing.
8) Masalah pengurus bangunan.
9) Masalah waktu pejabat.
10) Kedudukan kewangan JMB Bayu Villa.


11) Berapakah jumlah penghuni yang berhutang kepada JMB Bayu Villa?
12) Berapakah jumlah hutang JMB Bayu Villa kepada orang lain?
13) Apakah tindakan JMB Bayu Villa dan cara bagaimana hendak mendapatkan tunggakan tersebut?
14) Kenapa segala wang tunai pengurusan JMB Bayu Villa yang diterima dimasukan kedalam akaun peribadi Bendahari JMB Bayu Villa?
15) Isu semasa mengenai pengawal keselamatan.
16) Isu mengenai lif lif yang tidak bergerak.
17) Isu kenapa kereta yang dibiarkan tidak ditarik keluar (berdekatan blok D)


Segala soalan yang ditanya dapat dijawab oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa dan berharap di masa depan lebih ramai lagi yang akan keluar untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di dalam Bayu Villa.


Perbincangan kali ini bermula lebih kurang pukul 8.45 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment