Saturday, February 14, 2015

Siasatan Jenayah Komersil Terhadap Bendahari JMB Bayu Villa. Lapuran Polis Sampai Kepada Bukit Aman.


Baru baru ini siasatan terhadap Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee telah sampai kesuatu tahap dimana pihak pendakwaraya meminta segala dokumen penerimaan wang penyelenggaraan serta perbelanjaan harus dibentangkan. 

Lapuran siasatan kes penyelewengan wang penyelenggaraan ini telah di buat oleh penghuni D-2-25 dimana beliau mempunyai tunggakan wang penyelenggaran berjumlah RM4,007.04 sehingga hari ini. 



Rujuk kepada dua link ini untuk maklumat lebih lanjut.


Kes ini sebenarnya telah di buat siasatan pada bulan Oktober 2014 dan didapati tiada unsur penyelewengan berlaku tetapi disebabkan oleh rumah penghuni tersebut dikunci bekalan airnya kerana mempunyai tunggakan yang tidak berbayar maka beliau terus membuat lapuran polis kepada pihak atasan di ibu pejabat polis Bukit Aman. 



Lapuran yang dibuat adalah mengenai isu wang penyelenggaraan yang diterima setiap hari dimasukan ke dalam akaun peribadi Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee. 

Siasatan juga merangkumi soal siasat terhadap Bendahari JMB Bayu Villa - Encik Lee, Pengerusi JMB Bayu Villa - Cik Sri Sharmini, Setiausaha JMB Bayu Villa - Puan Noorshemah serta Pengurus Bangunan - Encik Shashie. Segala kenyataan dan penerangan yang diberi dicatit dan direkod bagi menjalankan penyiasatan secara terperinci adakah terdapat unsur unsur penyelewengan berlaku atau tidak?

Akaun penerimaan serta akaun perbelanjaan dari bulan September 2014 sehingga bulan Februari 2015 (11.02.2015) dikemukan kepada pegawai polis yang berpangkat Inspektor di bahagian siasatan Jenayah Komersil Klang. 



Isu kenapa wang penyelenggaran dimasukan kedalam akaun peribadi Encik Lee adalah berdasarkan kepada beberapa fakta.

1) Pengunaan akaun bank masih dibekukan sehingga kini. Puncanya adalah disebabkan oleh terdapat kekeliruan di antara pihak COB Klang dengan pihak Hong Leong Bank.

2) Setiap kali penerimaan wang penyelenggaran yang diterima adalah berpuluh ribu ringgit, jadi wang tersebut harus dimasukkan ke dalam akaun bank. 

3) Mengikut rekod penerimaan bulan September 2014 sehingga akhir bulan Januari 2015, jumlah keseluruhan yang diterima oleh Encik Lee ialah lebih kurang RM454,511.93 dan jumlah perbelanjaan ialah RM459,067.46.

4) JMB Bayu Villa masih lagi berhutang kepada Encik Lee sebanyak -RM 4,555.53 sehingga akhir bulan Januari 2015.


5) Pembukaan "Akaun Bank Bersama" atas nama Cik Sri Sharmini, Puan Noorshemah serta Encik Lee tidak dibenarkan atas dasar tidak mempunyai sebarang hubungan pertalian di antara sesama sendiri.

6) Semasa proses perbincangan mesyuarat bulanan di antara ahli jawatankuasa pada 05.11.2014, AJK sebulat suara telah memberi kebenaran bahawa wang penyelenggaran yang diterima akan disimpan oleh Encik Lee sehingga akaun bank dapat digunakan dan pada waktu yang sama tiada seorang pun yang menjangka bahawa isu pengunaan akaun bank akan tertangguh sehingga hari ini.  

7) Segala perbelanjaan seharian di Bayu Villa terpaksa mempunyai aliran wang tunai yang secukupnya bagi menampung perjalanan urusan penyelenggaraan di Bayu Villa setiap bulan.

8) Jika wang penyelenggaraan yang diterima dimasukan terus ke dalam bank, segala urusan penyelenggaraan Bayu Villa akan terbantut.


9) Segala cek yang diterima adalah atas nama "JMB Bayu Villa" dan akan terus dimasukan ke dalam akaun bank JMB Bayu Villa tetapi wang tunai terpaksa di simpan oleh Encik Lee bagi menampung segala perbelanjaan harian Bayu Villa. 

10) Selepas akaun bank dapat digunakan, wang penyelenggaraan akan dimasukkan semula ke dalam akaun bank dan isu penerimaan dan perbelanjaan wang tunai oleh Encik Lee selama ini akan diaudit jumlah penerimaan serta jumlah perbelanjaan oleh juruaudit yang dilantik.  

Minit Mesyuarat pada 5hb November 2014.








No comments:

Post a Comment