Sunday, May 10, 2015

Kerja Pemotongan Dan Pembersihan Kawasan Persekitaran Berjalan Lancar.




Kerja pembersihan kawasan dalaman Bayu Villa masih dilakukan pada setiap masa bagi memastikan keseluruhan kawasan Bayu Vill nampak cantik.




Walaupun kerja pembersihan serta pemotongan rumput dijalankan tetapi ianya masih memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk melakukannya.

Disebabkan oleh tenaga kerja yang tidak mencukupi akibat daripada peruntukan yang tidak setimpal dengan keadaan kawasan yang begitu luas di dalam Bayu Villa, kerja pemotongan rumput yang dijalankan dua minggu yang lepas telah tumbuh dengan begitu cepat sekali akibat setiap hari hujan.



Kerja membersihkan kawasan pembuangan sampah telah dilakukan oleh kontraktor pembuangan sampah bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan bersih.







Kadang kala proses memungut sampah juga menghadapi beberapa masalah akibat kontraktor yang tidak datang mengutip selama 3 atau 4 hari berturut turut. 

Pengaduan terpaksa dilakukan di pejabat Majlis Perbandaran Klang bagi memastikan proses pungutan sampah berjalan dengan lancar. 









Tong sampah besar yang perlu digunakan setiap bulan bagi memastikan proses pembuangan barangan sampah sarap yang tidak dikutip oleh kontraktor sampah kerana tidak termasuk di dalam jadual pembuangan sisa pepejal.



Untuk proses yang sedemikian juga memerlukan kos pada setiap bulan bagi menjaga keindahan keseluruhan kawasan dalaman.


No comments:

Post a Comment