Tuesday, May 12, 2015

Petisyen Bantahan Kenaikan Yuran Penyelenggaraan 10 Peratus.


Baru baru ini petisyen bantahan kenaikan wang penyelenggaraan sebanyak 10 peratus telah diadakan di dataran Badminton selama dua hari bagi mendapatkan tanda tangan daripada penghuni serta penduduk di Bayu Villa.


Secara amnya Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap sebarang petisyen jika ianya membawa lebih kebaikan kepada Bayu Villa tetapi implikasi jangka masa panjang terhadap petisyen kenaikan ini akan memudaratkan pembangunan Bayu Villa secara keseluruhannya. 

Jika dianalisa kos penyelenggaran yang semakin meningkat dari masa ke semasa ianya sememangnya susah untuk JMB Bayu Villa tidak menaikan kos wang penyelenggaraan kerana secara hakikatnya kenaikan ini adalah untuk membantu proses menaikan Bayu Villa dan tiada individu mahupun daripada pihak pengurusan mempunyai sebarang keuntungan daripada proses kenaikan ini.


Boleh dikatakan keadaan dalaman Bayu Villa terutama kos kos sampingan untuk membaiki penyelenggaraan lif, tangki air besar yang bocor, litar elektrik yang berserabut dan sebagainya.


Jika JMB Bayu Villa tidak silap, pengerusi Persatuan Penduduk Bayu Villa yang dahulunya adalah bekas Pengerusi JMB Bayu Villa juga pernah mencadangkan kenaikan wang penyelenggaraan di Bayu Villa pada ketika itu bagi menampung aliran kewangan tetapi mendapat bantahan daripada beberapa pihak dan ahli jawatankuasanya.

1 comment:

  1. The OWNERS are not against the raise of the MANAGEMENT FEES. We are willing for raising the FEE but the way conducted was wrong. Do not take it for granted all the OWNERS are happy the way you are handling that we all are to follow according to your instructions. We know that the things are improving but you have to be tactful when you are handling people .But your action is intolerable and RESIDENTS are saying you are very ARRAGONT that is the IMAGE you created by not RESPECTING ANYONE. This is my view as a owner. Why is it you don't want to cooperate with RA?

    ReplyDelete