Tuesday, May 19, 2015

Mesyuarat Bulanan AJK JMB Bayu Villa. Proses Mendapatkan Perkhidmatan Peguam Mengutip Tunggakan.


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa diadakan pada 13.05.2015 (Rabu) bagi membincangkan pelbagai isu berhubung perkara perkara yang berlaku di dalam Bayu Villa.


Mesyuarat kali ini buat pertama kalinya dihadiri oleh Pengarah Indera Management Services (KL) Sdn Bhd (pengurusan bangunan) - Encik Bernard Thong, Pengurus Bangunan - Encik Shashie dan Peguam - Encik Ng serta kedatangan penuh 8 Ahli Jawatankuasa JMC Bayu Villa.


Isu perbincangan kali ini lebih bertumpu kepada cadangan menyerahkan kesemua tunggakan yang melebihi RM 3,000.00 keatas dan mempunyai rekod pembayaran yang teruk kepada sebuah firma peguam supaya diambil tindakan dengan menyita rumah tersebut jika kutipan tidak dapat dijalankan atau dikutip.


Ini termasuk bagi mereka yang mencuri air, elektrik serta yang mengingkari pelan pembayaran ansuran yang telah ditanda-tangani. 
 
Di dalam perjanjian tersebut pihak pengurusan JMB Bayu Villa berhak membatalkan pelan pembayaran ansuran jika di dapati terdapat kelewatan atau tidak mematuhi syarat syarat yang dipersetujui.


Perkara perkara berbangkit seperti status pengawal keselamatan, menaikan semula lif yang rosak, menaikan semula kolam renang serta isu berhubung dengan tindakan Persatuan Penduduk Bayu Villa mengadakan petisyen membantah kenaikan yuran wang penyelenggaraan diperbincangkan.

1 comment: