Saturday, July 11, 2015

Kolam Renang Dalam Proses Pemulihan Dan Mungkin Akan Mengambil Masa Untuk Siap Sepenuhnya.


Proses pembaikian kolam renang sedang dijalankan dari masa ke semasa. Jika ditinjau keatas keseluruhan keadaan kolam renang, sememangnya ianya amatlah menyakitkan kerana kerosakan yang sedia ada amatlah teruk sekali.



Banyak barangan yang hilang dan kerosakan keatas jubin harus diperbaiki sebelum ianya dapat digunakan sepenuhnya. Buat masa ini proses pembaikian kawasan aliran air dan jubin kecil dijalankan.



Jubin kecil yang ditampal beraneka warna oleh pengurusan yang lepas menjadikan keseluruhan keadaan kolam renang nampak seperti kolam renang yang bertaraf muflis atau lebih dekat lagi kolam renang bertaraf 1 bintang sahaja. 



Kerja kerja menukar jubin kecil serta memastikan warna jubin tersebut dalam keadaan teratur dijalankan bagi memastikan ianya nampak lebih tertera serta teratur.



Jika dikaji dari anggaran perbelanjaan keseluruhan pembaikian ini, kemungkinan besar akan menelan belanja sekurang kurangnya RM 20,000.00 untuk kerja pemulihan kolam renang termasuk pemulihan pam air.


Perbelanjaan ini tidak termasuk perbelanjaan memasukan bekalan air ke dalam kolam yang dijangka akan menelan belanja sehingga RM25,000.00


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

https://www.facebook.com/groups/633869780048201/

No comments:

Post a Comment