Wednesday, July 1, 2015

Tunggakan Wang Penyelenggaraan RM675,548.71 Sehingga 30hb Jun 2015

Tunggakan keseluruhan daripada penghuni di Bayu Villa sehingga 30hb Jun 2015 ialah RM675,548.71

Jumlah ini masih lagi dikira amat besar kerana sehingga sekarang angka tersebut masih tidak boleh melepasi atau jatuh kebawah RM600,000.00

Jika keadaan ini berterusan, fungsi utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa mungkin akan menghadapi tekanan atau terjejas daripada segi pembayaran ansuran serta membaik pulih segala kerosakan yang sedia ada jika terdapat penghuni yang masih degil membuat bayaran tunggakan mereka.


JMB Bayu Villa telah berusaha sedaya upaya untuk menjalankan segala kerja pembaikian tetapi dengan sikap kebanyakan penghuni yang tidak peduli akan menyebabkan tempat ini mungkin jatuh kembali kepada status yang lebih teruk. 

Ada sebilangan penghuni yang tidak langsung membuat bayaran wang penyelenggaraan mereka dan ada di antara mereka cuma membuat bayaran penggunaan air sahaja. 

Mereka mempertikaikan bahawa tiada kemudahan awam yang dapat dinikmati sepenuhnya dan pembayaran wang penyelenggaraan sepenuhnya tidak seharusnya dilakukan melainkan lif yang rosak serta kolam renang dipulihkan sepenuhnya.

3 comments:

  1. These types of people are very ADAMANT and pretending to be not knowing what they are doing is WRONG. Without MONEY nothing can be done. You cannot be DEMANDING things that can take place IMMEDIATELY. You have to be CONSIDERATE in what you DEMAND. Am I Right?

    ReplyDelete
  2. Absolutely right. Well said !

    ReplyDelete
  3. Those who dun pay, pls cut off their water supply. If they become aggressive, you have the rights to call police. This is what other building management teams are doing. You must be brave enough to put you foot forward to do this. Our building value is really stagnant du to these kind of people.

    ReplyDelete