Friday, July 3, 2015

Bil Semasa TNB Dijelaskan. Keupayaan Menjelaskan Tunggakan TNB Menaikan Nama JMB Bayu Villa


Bil semasa TNB pada bulan Mei 2015 telah diselesaikan sepenuhnya. Sehingga kini JMB Bayu Villa dapat menyelesaikan setiap tunggakan tanpa menghadapi sebarang halangan.


Mengikut sumber maklumat yang diterima daripada pihak TNB Klang (5 bulan yang lepas), Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bandar Baru Klang (BBK) merupakan satu satunya badan pengurusan (diseluruh kawasan Klang) yang telah berjaya melaksanakan program pembayaran ansuran serta pembayaran semasa mereka.

Baru baru ini JMB Bayu Villa muncul sebagai Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang terbaik di seluruh kawasan Klang kerana berupaya menunjukkan prestasi yang amat mengkagumkan sehingga berjaya melaksanakan program pembayaran ansuran dan semasa mengikut jadual dan kini merupakan yang terbaik di Klang.

Dua hari yang lepas sumber maklumat yang diterima mengatakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bandar Baru Klang (BBK) menghadapi masalah melaksanakan program pembayaran ansuran serta pembayaran semasa mereka selepas beberapa bulan berupaya menjadi contoh sebagai badan pengurusan yang terbaik dalam menjelaskan setiap tunggakan pada waktu yang ditetapkan. 

JMB Bayu Villa amat berharap sumber maklumat yang diterima dan apa yang berlaku ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kawasan lain tidak akan berlaku di dalam Bayu Villa kerana sememangnya kami tidak mengingini perkara sedemikian berlaku keatas JMB Bayu Villa. 

Oleh yang sedemikian JMB Bayu Villa akan menpertingkatkan segala usaha yang sedia ada untuk mendapatkan segala tunggakan yang harus diperjelaskan.


1 comment: