Thursday, July 9, 2015

Program Pelan Pembayaran Ansuran Tunggakan Yang Telah Ditandatangani Terbatal Secara Automatik?


Perlaksanaan program pelan pembayaran ansuran tunggakan yang diperkenalkan semenjak bulan Oktober tahun lepas sehingga sekarang terdapat sekurang kurangnya 140 unit rumah yang telah memilih untuk melaksanakan program pelan pembayaran ansuran tunggakan tetapi mengikut pengiraan sehingga 8hb Julai 2015 cuma terdapat 70 unit rumah sahaja yang masih meneruskan program pelan pembayaran ansuran.


Disebabkan oleh kebanyakan daripada mereka yang telah menandatangani program pelan pembayaran ansuran tetapi gagal meneruskan program tersebut, maka pelan pembayaran ansuran mereka akan terbatal secara automatiknya.

Sehubungan dengan perkembangan ini, JMB Bayu Villa akan mengenakan tindakan penguatkuasaan pemotongan bekalan air secara terus menerus dan bagi mereka yang degil untuk menyelesaikan masalah tunggakan yang sedia ada, nama mereka akan diserahkan kepada pihak COB Klang atau pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment